Akhirnya telah diumumkan 4 Rookie yang akan melangkah ke pusingan akhir bagi program Vokal Mania 2020.
Minggu ke-8 merupakan minggu road to final dimana, pihak pengurusan telah mengumumkan barisan 4 Rookie yang layak ke pusingan akhir Vokal Mania 2020 berdasarkan hasil campuran markah juri sebanyak 70% bersama dengan 30% daripada undian peminat.
BACA : Saksikan Vokal Mania Di TV3 Atau Strim Secara Online Di Youtube TV3
Seramai 24 peserta yang layak sertai program Vokal Mania 2020 yang juga digelar Rookie dan kemudian berentap melawan Idol dari minggu 1 hingga minggu 6. Kemudian hanya 8 peserta dipilih untuk ke pusingan semi final yang telah berlangsung pada 12 Disember yang lepas.
Senarai Peserta Final Vokal Mania 2020
Melalui program Vokal Mania – Road To Final akhirnya kita telah ketahui 4 Rookie yang layak ke pusingan akhir bagi berentap bersama 4 Idol (Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo).
- Eranzz Lambert
- Daniel Chuer
- Aisha Retno
- Alif Kadim
Jadi jangan lupa saksikan minggu final Vokal Mania 2020 pada 26 Disember 2020, Sabtu jam 9 malam di TV3 atau menerusi Youtube TV3 Official


Undian bagi 4 peserta final juga telah dibuka yang mewakili 30% daripada jumlah markah. Jadi jangan lupa untuk mula mengundi di pautan www.xtra.com.my/vokalmania/