Hari ini pihak Astro telah mengumumkan secara rasmi senarai peserta program Gegarvaganza untuk musim ke-7 bagi tahun 2020. Nampaknya barisan artis yang menyertai bukan calang-calang kali ini, ramai otai ni.
Gegarvaganza kini sudah masuk musim 7 seperti tahun 2019 yang buat pertama kali GV mempunyai 2 juara iaitu Naqiu Boboy dan Hardy Mirza. Itulah antara kejutan yang siapa sangka akan terjadinya perkongsian mata dan markah yang dikeluarkan oleh pihak juri.
BACA : Lain Dari Yang Lain! Ikuti Drama Jalan Sesat Ke Syurga Di Astro Prima
Untuk GV7 tahun ini ada kejutan juga tau. Jika sebelum ini barisan peserta adalah seramai 12 ke 13 peserta, tetapi untuk tahun 2020 ini, barisan peserta Gegarvaganza telah meningkat kepda 14 peserta dan dijalankan untuk 10 minggu. Jadi lama la peminat GV layan konsert yang menjadi fenomena setiap tahun ini.
Dengan taglin “Mara Suara Membara” tahun ini, agakanya siapa peserta Gegarvaganza Musim Ke-7 ini? Jom tengok…
Senarai Peserta Gegarvaganza 7 Tahun 2020
Gegarvaganza 7 tahun ini akan bermula pada 11 Oktober 2020 dan ianya akan disiarkan setiap hari Ahad, jam 9 malam untuk 10 minggu. GV7 akan berlansung di PICC, Putrajaya dengan kehadiran penonton yang terhad demi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan. Selain itu, anda boleh tonton secara live melalui Astro RIA (HD), Astro PRIMA (HD) dan strim melalui Astro GO secara percuma buat pelanggan Astro.
Daripada barisan 14 peserta ini terdapat peserta artis individu dan artis secara berkumpulan. Antara yang terlibat ialah Cliff Umar (Projek Pistol), Haslinda, Yantzen, Ashira, Nomad, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Oja, Indigo, Linda Nanuwil (AF2), Aju Success, Eva, Mus May, Noraniza Idris.
GV7 masih dihoskan dengan 2 pasangan yang telah lama bersama Gegarvaganza iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Manakala bagi pemarkahan para penyanyi, ianya akan diadali oleh 2 juri tetap iaitu Dato’ Ramli MS dan Dato’ Khadijah Ibrahim bersama-sama dengan juri jemputan yang dijemput khas setiap minggu.
Jadi bermula 11 Oktober ini, selepas program anak muda Big Stage, BBNU, kita akan layan pula pertandingan nyanyian daripada otai pula.
sumber : astro gempak dan hellokerja
[…] BACA : Senarai Peserta Gegarvaganza Musim Ke-7 Untuk Tahun 2020 […]