- advertisement -

Buat julung kalinya Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM2020) diadakan. Jom kita tengok senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Pastinya ianya menjadi nostalgia kepada mereka yang bersama dengan era nasyid 90-an sebelum ini. Di atas pentas kita dapat lihat barisan munsyid legend kembali menerima anugerah dan membuat persembahan seperti kumpulan Saujana, Akhil Hayy, Raihan, Hijjaz, In Team, Rabbani, Brothers dan ramai lagi.

Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM2020) menampilkan 11 kategori yang dipilih daripada juri profesional dan juga undian orang ramai melalui laman web ANAM sebelum ini. ANAM2020 telah mendapat sokongan & kerjasama daripada pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) beserta Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

BACA : Jangan Lupa Saksikan Anugerah Nasyid Malaysia 2020 Pada 27 Disember

- advertisement -

Pada malam acara tersebut tiada penonton dibenarkan masuk bagi mematuhi SOP tetapi tetap meriah apabila dikemudi oleh 2 pengacara iaitu Hafiz Hamidun dan Farah Fauzana. ANAM2020 telah disiarkan secara langsung di RTM TV1, laman web ANAM dan juga menerusi facebook ANAM. Dengan membawa tema “Sejarah Tercipta, Irama Bergema”

anugerah nasyid malaysia

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid Malaysia 2020

Daripada 11 kategori yang dipertandingkan 3 anugerah merupakan daripada undian orang ramai iaitu Anugerah Nasyid Pilihan, Artis Baharu Pilihan dan Artis Nasyid Pilihan.

Artis Nasyid Pilihan (Undian)
InTeam

Artis Baru Pilihan (Undian)
Aniq Muhai

Artis Nasyid Nusantara (Undian)
Sabyan Gambus

Lirik Nasyid Terbaik
ITO Lara
Lagu: Ittihad

Vokal Terbaik Dalam Lagu
Rabbani
Lagu: Ittihad

Susunan Muzik Terbaik
Omar K
Lagu Putaran | Artis: Fareed Zane

Rakaman Lagu Terbaik
Amin Nordin
Lagu: Sakit | Artis: Areef

Video Muzik Terbaik
TIADA

Anugerah Kembara (Anugerah Khas)
InTeam

Anugerah Khalifah (Anugerah Khas)
Raihan

Lagu Nasyid Terbaik
Ittihad – Rabbani

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here