Mana yang terlepas, anda boleh lihat sini senarai penuh pemenang bagi semua kategori Anugerah MeleTOP ERA 2020 yang telah berlangsung sebelum ini.
Sepatutnya berlangsung pada April yang lepas, akhirnya AME2020 berjaya dilakukan dengan meriah walaupun dalam mod norma baharu dimana adanya penjarakan fizikal dan juga kapasiti penonton yang terhad.
Anugerah MeleTOP ERA 2020 telah dihoskan oleh 3 hos iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak. Ianya telah dipancarkan secara langsung dari PICC terus ke kaca TV menerusi Astro Ria dan Ria HD.
BACA : Anugerah MeleTOP Era Akan Berlangsung Pada 20 Disember 2020
Walaupun kurang penonton, tetapi AME2020 telah meriah apabila disajikan dengan pelbagai persembahan pentas seperti dari Yonnyboii, Zynakal, Floor 88, Ismail Izzani, Ernie Zakri, K-Clique, Aina Abdul, Wany Hasrita, Shiha Zikir, Andi Bernadee dan ramai lagi. Selain itu, malam AME2020 telah mempertandingkan 15 kategori dan kesemuanya telah dibuat undian secara online sebelum ini
BACA : Senarai Penuh TOP 5 Anugerah MeleTOP ERA 2020
Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2020
Fesyen MeleTOP
Syafiq Kyle

Couple MeleTOP
Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Si Cilik MeleTOP
Alisa Aisyah (Hanis Zalikha & Hairul Azreen)

Influencer MeleTOP
Syahmi Sazli Production

Hos MeleTOP
Alif Satar (Big Stage)

Artis Baharu MeleTOP
Han Byul (Big Stage S2)

Program MeleTOP
Sepahtu Reunion Live 2019

Artis Versatil MeleTOP
Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi, Online)

Grup/Duo MeleTOP ERA
Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa)

Lagu MeleTOP ERA
Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Drama MeleTOP
Sweet Dreams (Astro RIA)

Pelakon MeleTOP
Ben Amir

Penyanyi MeleTOP ERA
Haqiem Rusli

Bintang Filem MeleTOP
Syafiq Kyle

Filem MeleTOP
Ejen Ali The Movie

Anugerah Khas MeleTOP
Frontliner KKM (Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah)

Anugerah Wira MeleTOP
Ustaz Ebit Lew

Anugerah Top Top MeleTOP Grup/Duo
Khai Bahar/Siti Nordiana

Anugerah Top Top MeleTOP Wanita
Siti Nordiana

Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki
Haqiem Rusli
