Diucapkan tahniah kepada semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan di dalam ABPBH 33 tahun ini terutamanya Haqiem Rusli kerana memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian.
Tahun ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) buat pertama diadakan tanpa penonton bagi mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Pada malam tersebut yang ada hanya penonton secara virtual sahaja dan bilangan kru yang terhad.
BACA : ABPBH 33 Kembali Dan Diadakan Dalam Norma Baharu
ABPBH tahun ini mengangkat tema #ABPBHKITA2020 bagi menunjukkan keadaan pandemik yang sedang berlaku. Malam tersebut, walaupun tiada penonton tetapi tetap meriah dengan penampilan artis bagi setiap persembahan. Ada Syamsul Yusoff, Khir Ramhan, Joey, Man, Nora Danish, Tomok, Lan Solo, Aina Abdul, Elly Mazlien, Faizal Tahir dan ramai lagi.
Malam tersebut juga dimeriahkan dengan 2 pengacara iaitu Nabila Huda bersama-sama dengan Dato AC Mizal. Ianya dipancarkan daripada Axiata Arena terus ke TV3. Selain itu, penonton juga boleh tonton melalui platform digital di TONTON, Youtube TV3 Official, Youtube BH dan buat pertama kali boleh juga tonton di TikTok.
Dengan 15 kategori utama dan 5 kategori online dipertandingkan. Kesemuanya telah diumumkan secara rasmi pada malam tersebut. Apa lagi, jom kita tengok senarai penuh pemenang ABPBH Ke33 untuk tahun 2020.
Senarai Pemenang ABPBH33 (2020)
Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular
Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)
Gandingan Serasi Filem Popular
Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)
Lagu Paling Boom
Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
Artis Kontroversi Popular
Aiman Tino
FC FANtastik Popular
Siti Nordiana FC
Kategori Utama
Artis Baharu Lelaki Popular
Chubb-E
Artis Baharu Wanita Popular
Isyariana
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia
Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia
Wany Hasrita
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Khai Bahar & Siti Nordiana
Pelakon Filem Lelaki Popular
Zahiril Adzim
Pelakon Filem Wanita Popular
Mawar Rashid
Pelakon TV Lelaki Popular
Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular
Siti Saleha
Artis Versatil Popular
Siti Nordiana
Artis Komedi Popular
Sherry Al Hadad
Pengacara TV Popular
Sherry Al Hadad
Penyampai Radio Popular
DJ Lin
Anugerah Sepanjang Zaman
Fransisca Peter
Bintang Paling Popular ABPBH 33
Haqiem Rusli