Buat pertama kali dalam sejarah ERA, apabila senarai pemenang EDMA untuk tahun 2021 diumumkan atau diadakan secara norma baharu dimana tiada penonton, malah tiada pemenang sekali untuk menerima trofi (secara virtual).
Era Digital Muzik Awards (EDMA) tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini bagi mengikut dan patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Walaubagaimanapun, acara tersebut masih meriah apabila disajikan juga dengan persembahan daripada artis yang menyanyikan secara langsung terus dari rumah tau. Bersesuai dengan tema #EDMADiRumah. Antara persembahan yang berlangsung seperti Yonnyboi, Harith Zazman, Tuju & Loca B dan Shiha Zikir


Acara tersebut telah dihoskan oleh Radin, Isha dan Danial manakala personaliti Johara Pagi ERA sendiri iaitu Ray, Johan dan Hanif mengumumkan pemenang bagi setiap kategori.
EDMA tahun 2021 dipancarkan secara langsung melalui platform media sosial, facebook ERA, Instagram ERA dan juga Youtube ERA.
Senarai Pemenang EDMA Tahun 2020
Anugerah kali ini mempertandingkan 6 kategori dan kesemuanya adalah undian daripada peminat sendiri. Undian telah berlangsung bermula Disember 2020 hingga 18 Januari 2021 yang lepas. Berikut merupakan senarai pemenang EDMA 2020
Artis Norma Baharu
- MK K-Clique
Lagu Featuring Hit
- Sembah : Naim Daniel Feat Man Keedal
Influencer PKP ERA
- SOLOZ
Lagu Viral Onz
- Peluang Kedua : Nabila Razali Feat Mk K-clique
Artis Baru Baek
- Azzam Sham
Fan Club Paling Ngam
- Azzam Sham Troopers (Azzam Sham)