- advertisement -

Anugerah Drama Sangat 2021 buat julung kalinya telah diadakan yang telah menyenaraikan 9 drama terbaik sepanjang tahun awal 2020 sehingga Jun 2021 yang lalu.

Sebanyak 11 anugerah yang dipertandingkan dan 2 anugera khas yang mana undian adalah secara online dan juga menerusi markah juri profesional. Tetapi terdapat 2 anugerah utama yang ditunggu-tunggu iaitu Drama Popular dan Drama Terbaik.

BACA : Undian Kini Dibuka Bagi Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 Sehingga 30 November 2020

Malam kemuncak anugerah tersebut telah digamatkan oleh 2 pengacara yang kepoh apabila berada di kaca tv iaitu Nabila Huda dan Ain Edruce.

- advertisement -
pelakon lelaki terbaik anugerah drama sangat

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Bunga, Khai Bahar, Misha Omar, Stacy, MK, Ismail Izzani, Ariff Bahran dan ramai lagi.

Manakala antara penyampai anugerah yang menghangatkan malam ADS 2021 seperti Azhan Rani, Izzue Islam, Nabila Razali, Redza Rosli, Sharifah Rose, Erra Fazira, Ogy Ahmad Daud dan ramai lagi.

Senarai Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021

Kesemua anugerah yang dipertandingkan bagi undian online telah pun dibuat pada 1 Oktober dan berakhir pada 20 November lalu. Undian sebelum ini telah dibuat menerusi portal www.xtra.com.my

Antara drama yang tercalon dalam anugerah ini ialah 7 Hari Mencintaiku 2, Takdir Yang Tertulis, Budak Tebing, Sabarlah Duhai Hati, Tak Sempurna Mencintaimu, Bidadari Salju, Kampung People 2, Pink Smile dan Hati Yang Tersakiti.

Kemaskini terbaru – Anugerah Drama Sangat 2021 terpaksa ditangguhkan dan penyampaian 5 anugerah lagi akan dibuat di Melodi pada Ahad, 19 Disember 2021 jam 12 tengah hari di TV3

Drama Terbaik – Budak Tebing (Country & Universal Sdn. Bhd.)

Drama Popular – Melastik Ke Hatimu (OrangeTree Production)

Pengarah Terbaik – Feroz Kader (Budak Tebing)

Penulis Skrip Terbaik – Janjira & PGRs Team (Budak Tebing)

Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Ryan Aralyn)

Pelakon Wanita Terbaik – Janna Nick (Misteri Mona)

Pelakon Antagonis Terbaik – Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)

Pasangan Drama Terbaik – Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 2)

OST Terbaik – Mimpi-Haqiem Rusli (Bidadari Salju)

Drama Adaptasi Novel Terbaik – 7 Hari Mencintaiku 2 (Siti Rosmizah | SR Publication)

Babak Tular Drama Terbaik – Kampung People 2 [VIDEO]

Drama Mandarin Terbaik (Anugerah Khas) – Bonus Vacation (Sky Picture)

Barisan Pelakon Terbaik Drama (Anugerah Khas) – Takdir Yang Tertulis

Anugerah Pesona Bintang – Ogy Ahmad Daud

Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) telah dipancarkan dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCHKL) yang disiarkan secara langsung pada 18 Disember 2021 jam 9.00 malam di saluran TV3, Tonton dan Youtube TV3 Malaysia.

#AnugerahDramaSangat #LagiDramaLagiRasa

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here