- advertisement -

Walaupun ditunda beberapa minggu sebelum ini, akhirnya hari ini terjawab lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara Lagu 35.

Seperti yang dijadualkan, sebanyak 30 buah lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) sepatutnya membuat persembahan dihadapan 12 juri pada 20, 21 dan 22 November yang lepas. Tetapi disebabkan berlaku isu jangkitan COVID-19, bagi episod ke-3 ianya terpaksa ditunda sehingga ke hari ini (15 Disember 2020).

Pada malam tersebut, ianya masih diadakan dalam norma baharu dimana tiada penonton dibenarkan masuk. Walaubagaimanapun para peserta tetap memberi persembahan yang terbaik bagi menarik hati juri untuk ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Daripada 30 buah lagu di peringkat separuh akhir, hanya 12 buah lagu sahaja layak ke AJL35. Setiap episod juga turut diumumkan 3 lagu terbaik bagi tiap-tiap episod dimana lagu tersebut secara automatik layak ke AJL35. Untuk episod 1, lagu Hati nyanyian Hael Husaini. Episod 2 dimenangi oleh 7 Nasihat nyanyian 7 Nasihat Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sikcta. Manakala bagi episod 3, lagu terbaik adalah daripada Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah dengan lagu Belenggu Rindu.

- advertisement -

Senarai Penuh Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 35

Bagi yang terlepas untuk menonton persembahan Muzik-Muzik Separuh Akhir sebelum ini, anda boleh tonton semula di Youtube TV3 Rasmi.

Hati – Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)

7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta (Kmy Kmo & Luca Sickta)

Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah (Hael Husaini & Ezra Kong)

Semalam – Aina Abdul (Aina Abdul)

Peluang Kedua – Hael Husaini (Hael Husaini & Mfmf.)

Hutang – Floor 88 (Zai Hamzah / Achoi Floor 88)

Kau Sakiti – Amir Masdi  (Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage)

Gundah – Ernie Zakri  (Ernie Zakri & Sharon Paul)

Aku Bidadari Syurgamu – Aishah (Ippo Hafiz / Siti Rosmizah)

Gila – Kaka Azraff, Noki & Tuju (Noki, Loca B & Ezra Kong)

Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter  (Dark)

Eh – Zizi Kirana (Navigator & Zizi Kirana / Mambang & Zizi Kirana)

anugerah juara lagu 35
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here