Tahun 2020 tidak lama lagi akan melabuhkan tirai, untuk peminat drama melayu, jom kita tengok senarai drama tv akan disiarkan sepanjang tahun 2021.

Senarai drama TV ini bukanlah senarai rasmi daripada pengeluar tetapi ianya daripada perkongsian rakan artis dan beberapa portal hiburan yang dikumpulkan dan dikongsikan kepada anda semua.

Dalam senarai ini ada merupakan daripada adaptasi novel dan juga tayangan asli daripada pengarah sendiri. Kebanyakkan akan disiarkan di saluran Astro, TV3, Awesome TV (MYTV) dan RTM (TV1, TV2 dan TV Okey).

Senarai drama TV ini juga mungkin akan ada beberapa pertukaran saluran, barisan pelakon atau slot tayangan. Jadi ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Khusus kepada kaki drama melayu tempatan, jom kita tengok senarai drama TV yang akan disiarkan sepanjang tahun 2021.

Senarai Drama TV Yang Akan Disiarkan Sepanjang Tahun 2021

Saluran Astro

  1. Love Elsa lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad, arahan Michael Ang
  2. Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose (Slot Megadrama Astro Ria)
  3. Marry Me Senorita lakonan Janna Nick dan Dini Adan Schatzmann (Slot Megadrama Astro Ria)
  4. Sweet Dreams 2 lakonan Mira Filzah dan Ben Amirr (Slot Megadrama Astro Ria)
  5. Jangan Ganggu Jodohku

Saluran TV3

  • Cukup Derita Itu lakonan Nelydia Senrose Aeril Zafrel (Slot Samarinda TV3)
  • Tak Sempurna Mencintaimu lakonan Redza Rosli dan Intan Najuwa (Slot Akasia TV3)
  • Hello Jangan Tapau Cintaku lakonan Nafiz Muaz dan Elisya Sandha (Slot Lestary TV3)
  • 7 Hari Mencintaiku 3 lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha (Slot Akasia TV3)
  • Romantika 4 Hari 3 Malam lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson (Slot Lestary TV3)
  • P.A Lelaki Kerek lakonan Syafie Naswip, Wan Sharmila dan Johan Asari
  • Melastik Ke Hatimu lakonan Andi Bernadee dan Janna Nick (Slot Lestary TV3)
  • Aku Yang Kau Gelar Isteri lakonan Nadia Brian, Adi Putra (Februari – Samarinda TV3)
senarai drama tv aku yang kau gelar isteri

Awesome TV (MYTV)

  1. Hari Kita Jatuh Cinta lakonan Azlee Khairi dan Intan Ladyana

RTM TV1

  1. Cinta Yang Pulang lakonan Izzue Islam dan Ummi Nazeera
  2. Korban Kasih 2 lakonan Saharul Ridzwan, Zara Zya dan Azrel Ismail
  3. Lelaki Januari lakonan Azrel Ismail dan Mona Allen
  4. My Sweet Heart Hannan lakonan Hafidz Roshdi dan Eyka Farhana
  5. Luka Di Hati Diya lakonan Isyariana dan Niezam Zaidi
  6. Derhaka Cinta Jebat lakonan Azlee Khairi dan Elvina Mohamad
senarai drama tv korban kasih 2

RTM TV2

  1. Cinta Untuk Raf lakonan Sasqia Dahuri dan Luqman Hafidz

RTM TV OKEY

  1. Drama Demi lakonan Ben Amirr dan Puteri Aishah
  2. Kelmarin Cinta lakonan Syukri Yahya dan Reen Rahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here