- advertisement -

Nampaknya dari semasa ke semasa, aplikasi iQIYI telah menambah kandungan drama Melayu Tempatan di platform mereka untuk tontonan ramai.

iQIYI merupakan aplikasi penstriman video dengan menyediakan kandungan drama, filem, animasi dan banyak lagi. Ianya mengfokuskan kepada kandungan Asia seperti daripada Korea, Hong Kong, China dan termasuklah Malaysia yang terbaru ini.

Lagi pun iQIYI sekarang sudah bekerjasama dengan Astro bagi tayangan berbayar mereka. Oleh itu, iQIYI kini sudah bertapak di Malaysia secara rasmi. Disebabkan itulah, mereka kena la juga letak kandungan tempatan yang mana mereka sukakan drama-drama melayu.

- advertisement -

Aplikasi iQIYI

Di iQIYI anda boleh strim K-Drama, anime Jepun, filem-filem dari Korea, program Variety seperti Running Man, drama melayu dan banyak lagi. Platform ini menyediakan kandungan secara percuma dan berbayar sebagai langganan untuk akaun premium.

Senarai Drama Melayu Yang Anda Boleh Tonton Di Aplikasi iQIYI

Langganan Akaun VIP

Untuk masa terhad ini, iQIYI ada tawarkan RM1.90 sebulan sahaja. Harga asal adalah RM16.90 sebulan. Banyak jimat tu. Anda boleh dapatkan akaun VIP disini

Dengan akaun VIP ini anda peroleh :

  1. Akses semua kandungan di dalam iQIYI. (Akaun percuma terhad)
  2. Tiadanya iklan atau ads di dalam aplikasi
  3. Download kandungan
  4. Kualiti HD
  5. Akses 2 peranti dalam 1 masa

Jadi kalau ada kandungan yang tak dapat akses tu, langgan dan dapatkan akaun VIP keh.

Kandungan Drama Melayu Dalam iQIYI

Walaupun pada awalnya, tiada kandungan drama melayu di dalam aplikasi ini, tetapi kini sudah ada lebih 10 drama tau termasuklah drama yang tengah disiarkan di TV3 sekarang. 

Jadi kalau anda nak layan drama Melayu, boleh strim di iQIYI je. Setakat ini, kesemua kandungan tempatan adalah percuma dan boleh diakses pada bila-bila masa sahaja. Jom kita tengok senarai drama Melayu yang ada dalam aplikasi iQIYI ni.

  1. Rahsia Hati Perempuan
  2. Leftenan Zana
  3. Setelah Ku Dimiliki
  4. Kampung People
  5. Kampung People 2
  6. Pengantin Satu Malam
  7. Sweet Dreams
  8. 7 Hari Mencintaiku
  9. 7 Hari Mencintaku 2
  10. Cinta Sekali Lagi
  11. Cemburu Seorang Perempuan

Jangan risau, kesemua drama tempatan ini disediakan dengan episod penuh. Boleh tengok dari mula hingga tamat.

BACA : Saksikan Drama Cinta Sekali Lagi Melalui Slot Akasia Di TV3 Dan Strim di IQIYI

Jadi kalau anda nak tengok, anda boleh tonton melalui website di www.iq.com atau melalui aplikasi telefon di Android atau iOS dan juga aplikasi Android TV. 

- advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here