- advertisement -

Anda sedang mencari smart tv baru untuk rumah atau kediaman dalam bajet yang anda? Anda boleh dapatkan senarai Smart TV terbaik dengan harga harga sekitar RM500 untuk tahun 2020 disini.

Di zaman era moden sekarang ni, rasanya antara perubahan yang jelas adalah perubahan pada sebuah televisyen. Jika dulu pada awalnya zaman hitam putih, kemudian tebal TV, kemudian menjadi sangat nipis dan kini boleh pasang Internet pada TV untuk tonton Youtube, dengar lagu atau Netflix terus.

BACA : Senarai Channel Dan Group Telegram Yang Anda Boleh Join Untuk Tahun 2020

Anda bercadangan untuk dapatkan Smart TV tapi bajet tak besar kerana biasanya tv sedemikian harganya mahal kan. Jangan risau, sebenarnya ada sahaja senarai Smar TV atau Android TV yang anda boleh dapatkan sekitar RM500 sahaja. Tapi pastinya harga lebih mahal atau RM1000 dan ke atas memerbikan pengalaman yang lebih baik. 

- advertisement -

Walaupun harga bajet, tapi ianya tetap Smart TV dan anda boleh pasangkan Wifi pada tv tersebut. Mungkin boleh jadi kepada alternatif kepada Astro kan. Boleh tengok Youtube, Netflix dan sebagainya. Apa-apapun jom kita tengok senarai 5 Smar TV atau Android TV terbaik dengan harga sekitar RM500 untuk tahun 2020.

5 Smart TV terbaik Harga Sekitar RM500

Senarai ini disediakan juga pautan pembelian di Shopee atau Lazada. Jika berminat, boleh terus buat pembelian.

Jokben Smart TV

Jokben Smart TV

Antara dalam senarai smart tv yang terbaik saiz 32 inci untuk dapatkan dengan tanda harga sekitar RM559 sahaja. TV ini menggunakan sistem Android 9.0 yang pastinya didatangkan dengan play store terbina di dalamnya. 

Walaupun TV ini hanya kualiti HD tetapi Youtube, Netflix terbina dan menerima sehingga format 4K tau. Memang jelas la kalau nak tengok filem guna Jokben Smart TV ni. Tambahan lagi, juga didatangkan dengan 30+ permainan video

Phison Smart Android TV

Phison Smart Android TV

Jenama Phison juga pastinya memberi pengalaman hebat kepada pengguna apabila menggunakan smart tv ini. Ianya dijalankan dengan Android 9.0 bersama-sama 1GB RAM dan 8GB ROM. Boleh la simpan banyak file, lagu, filem di dalam tv tersebut.

Ianya juga didatang apps Netflix dan Youtube. Selain itu ada juga myfreeview tau. Ini bermaksud, anda juga boleh tonton tv arus perdana dengan kualiti HD pada tv 32 inci ini.

Weyon Smart TV 32″

Weyon Smart TV 32"

Sebuah lagi jenama smart tv yang dijalankan dengan Android 9 terbaik untuk anda dapatkan dengan harga sekitar RM500 sahaja untuk tahun 2020 ini. Jenama Weyon menjanjikan kualiti TV standard HD dengan didatangkan Netflix dan Youtube yang menerima sambungan kualiti 4K.

Selain itu, anda boleh dapatkan ciri 1GB RAM beserta 8GB ROM sebagai storage yang diberi. Kalau tak cukup anda boleh tambah menerusi external hard disk dengan disediakan 2 USB input. Boleh meneirma sambungan WiFi dan juga sambungan LAN juga tau. Permainan video juga disediakan sehingga 30+ jenis tau.

Sakura Smart TV 32″

Sakura Smart TV 32"

Jenama smart tv untuk 32″ seterusnya adalah jenama Sakura dengan harga sedikit rendah daripada senarai sebelum ini. Dengan harga RM555, anda boleh dapat sebuah smart tv yang dijalankan menggunakan Android 9 dengan kualiti High Definition (HD). 

Ada disediakan Play Store untuk anda dapatkan beberapa aplikasi seperti Netflix, Youtube yang menyokong kualiti 4K. Ada juga permainan video lebih 30 jenis untuk anda main bersama keluar. Sambungan WiFi juga disediakan. Apa lagi yang anda mahu? Semua ada, harga pun berpatutan.

Xiaomi Mi Smart TV

Xiaomi Mi Smart TV

Senarai ke 5 smart tv terbaik untuk anda dapatkan untuk tahun 2020 ini adalah jenama terkemuka Xiaomi Mi Smart TV. Tapi harga dia sedikit tinggi iaitu dengan tanda harga RM619. Ianya didatangkan dengan sistem Android TV dengan storage sebesar 4GB ROM sahaja bersama-sama 1GB RAM.

Tapi smart tv ini menyokong alat kawalan jauh sambungan bluetooth tau dan bukannya infrared seperti remote tv yang lain.

Harap perkongsian senarai smart tv terbaik harga sekitar RM500 untuk tahun 2020 ini bermanfaat kepada semua yang tengah mencari smart tv atau android tvĀ 

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here