- advertisement -

Kini 30 buah lagu telah terpilih bagi ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 35 yang akan bermula pada 20 November 2020 ini.

Kesemua lagu dipilih berdasarkan undian mingguan di rancangan Muzik-Muzik yang ditayangkan setiap Isnin jam 11 malam. Jadi kesemua lagu yang diterbitkan pada tahun 2020 adalah layak untuk dicalonkan tetapi hanya 30 buah lagu sahaja yang berjaya ke peringkat Semi Final Muzik-Muzik 35 Tahun 2020 (SFMM35).

BACA : Senarai Penuh Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 35

Senarai 30 buah lagu tersebut telah pun dikeluarkan melalui akaun Instagram rasmi Muzik-Muzik. Terdapat pelbagai genre yang terpilih untuk bertanding di peringkat separuh akhir bagi merebut tempat ke peringkat akhir bagi memasuki Anugerah Juara Lagu 35 Tahun 2020.

- advertisement -

Agaknya lagu manakah yang akan terpilih untuk ke AJL35 nanti? Untuk ketahui, anda boleh tonton persembahan barisan artis bersama lagu mereka bermula 20, 21 dan 22 November ini. Ianya akan ditayangkan di TV3 jam 9 malam atau strim di TONTON untuk 3 episod (Episod Pertama, Kedua, Ketiga).

BACASaksikan Vokal Mania Di TV3 Atau Strim Secara Online Di Youtube TV3 Official

Jadi nak tahu lagu apa yang layak ke peringkat SFMM35, jom kita tengok senarai 30 buah lagu tersebut mengikut episod persembahan.

30 lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (2020)

Episod Pertama (Jumaat, 20 November 2020)

1.  Sembah – Naim Daniel ft. Man Keedal

2.  Canggung – Wany Hasrita

3.  Kelabu – Yonnyboii & Azlan The Typewriter

4.  I Want You To Love Me – Alif & The Locos

5.  Adakah Engkau Menunggku – Naim Daniel ft Tuju

6.  Sebentar – Dayang Nurfaizah

7.  Takkan Merubah – Sufian Suhaimi & Amira Othman

8.  Khayal – Stacy

9.  Hati – Hael Husaini

10.  Gundah – Ernie Zakri

11.  Curang – Syamel

Senarai 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Untuk Tahun 2020

Episod Kedua (Sabtu, 21 November 2020)

12.  Sakit – Zynakal & Yonnyboii

13.  Peluang Kedua – Nabila Razali

14.  Gila – Kaka Azraff, Noki & Loca B

15.  Panggung – Apex Tajuddin

16.  Kau Sakiti – Amir Masdi

17.  Tentang Rahsia – Judika & Shila Amzah

18.  Bicara Rasa – Ariff Bahran & Sarah Suhairi

19.  Takdir Tercipta – Hafiz Suip & Adira

20.  7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza, KMY KMO & Luca Sickta

21.  Hutang – Floor 88

22.  Aku Bidadari Syurgamu – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Senarai 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Untuk Tahun 2020

Episod Ketiga (Ahad, 22 November 2020)

23.  Hello – Ismail Izzani & Andi Bernadee

24.  Eh – Zizi Kirana

25.  Semalam – Aina Abdul

26.  Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah

27.  X Missing U – Dayang Nurfaizah, Tuju & Yonnyboii

28.  Takkan Terlerai – Syamel & Ernie Zakri

29.  Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter

30.  Aku Kau Dan Muzik – Akim & Stacy

Senarai 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Untuk Tahun 2020

Lagu manakah yang akan layak ke Anugerah Juara Lagu 35 nanti?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here