Rata-rata telefilem Kasih Tau Foo Fah ini mendapat sambutan yang baik daripada penonton dimana mereka mengatakan cerita ini sangat menyentuh hati sehingga ada yang menangis ketika menonton pada malam tersebut.
Mereka memberitahu, ini mungkin telefilem terbaik untuk tahun 2020 dikala zaman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih lagi dijalankan. Telefilem ini juga dilakonkan ketika musim PKPP dengan setiap adegan yang dilakukankan mengikut SOP yang ditetapkan.
BACA : Tonton Drama Pengantin Satu Malam Secara Online Di Aplikasi IQIYI
Selain daripada penceritaan yang menyentuh hati, sinematografi yang digunakan sangat cantik belatarbelakangkan keindahan Bandar Melaka dengan budaya Baba dan Nyonya mungkin. Walaupun lakonan daripada bangsa Cina, tetapi mereka menggunakan bahasa Melayu.
Tayangan : Slot cerekarama TV3
Genre : Drama
Pengarah : Raja Mukhriz Ahmad Kamaruddin
Pelakon : Michael Ang, Mior Darwish, Sharifah Sakinah, Pekin, Sharifah Shahora, Phoebe Tan, Jimmy Chong, penampilan khas daripada Syukri Yahya
Sinopsis Kasih Tau Foo Fah
Sejak kecil Fikri (Mior Darwish) terpisah dengan keluarganya angkara kemelut hidup. Hinggalah dia ditemui oleh Ah Leong (Michael Ang), seorang penjaja tau foo fah. Selama penemuan tersebut, pelbagai cabaran yang mereka lalui bermula dengan rasa benci terhadap Fikri sehinggalah Ah Leong mengambil keputusan untuk mengambil budak tersebut sebagai anak angkat selepas diberitahu kematian ibunya.
Bermula dari itulah, kasih sayang mereka bertambah erat di samping tau foo fah yang dijual. Ini tidak berlarutan lama sehingga Fikri terpaksa dibawa ke pusat jagaan kanak-kanak. Tidak cukup dengan itu, tiba-tiba Fikri diambil oleh keluarga angkat yang baru. Bermula detik inilah, Ah Leong merasa sangat sedih dan berdoa setiap hari supaya Fikri kembali ke pangkuannya. Mampukah Fikri kembali bersatu dengan keluarga kandungnya?
Anda kena tonton sendiri telefilem Kasih Tau Foo Fah ini…
Waktu Tayangan
Telefilem Kasih Tau Foo Fah telah ditayangkan pada 19 September 2020, Sabtu yang lepas jam 9 malam bagi slot Cerekarama TV3. Jika terlepas, jangan risau, anda boleh tonton semula di Youtube Drama Sangat Official atau klik pautan dibawah.
Telefilem yang menarik daripada TV3. Syabas