Hujung minggu anda akan disajikan dengan telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku yang bersiaran pada 4 Jun 2022, hari Sabtu pada pukul 8.30 malam di siaran TV9 dan juga secara online di www.tonton.com.my
Telefilem ini juga boleh ditonton menerusi platform penstriman Mubi di www.mubi.com dengan langganan serendah RM10 untuk sebulan dengan pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa yang disediakan.
Tayangan : Slot Wayang Hujung Minggu di TV9
Tarikh : 4 Jun 2022 (Sabtu)
Waktu : 8.30 Malam
Pengarah : Dharma Aizad
Produksi : Mangkin Prestij Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara bintang dan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Epy Raja Lawak Navilya Husna, Fahmy Reza, Daler Yusuf, Iszander Nor, Imuda, Rashidah Jaafar, Prof Kamran dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Epy Raja Lawak sebagai Epy
- Navilya Husna sebagai Zara
- Daler Yusuf sebagai Jeffry
- Fahmy Reza sebagai Malik
- Imuda sebagai Abah Epy
- Rashidah Jaafar sebagai Ibu Epy
Sinopsis Telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku
Telefilem Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku mengisahkan tentang Epy iaitu seorang mat despatch di sebuah syarikat telah mengahwini anak CEO syarikatnya bekerja tanpa diduga. Epy terpaksa kahwin dengan Zara Adilia Pandleton tanpa sebab yang munasabah.
Zara yang terdesak untuk membuktikan pada ayahnya, Tuan Mohamad Bernard Pandleton bahawa dia juga mampu hidup sendiri tanpa bantuan ayahnya walaupun terpaksa kahwin dengan lelaki paling miskin di syarikat ayahnya. Kehidupan Epy mula berubah setelah mengahwini Zara.