- advertisement -

Tayangan filem dan telefilem hebat diteruskan lagi pada hujung minggu ini Awesome TV bermula dengan filem Bajirao Mastani, Johnny English Reborn dan sebuah telefilem baru, Bibik Kayangan. Kesemua ini filem ini anda boleh tonton menerusi MYTV112 dan Astro 123 bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Bajirao Mastani

filem hebat banjirao mastani

Bajirao Mastani ialah filem romantis sejarah epik India yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali. Filem ini diterbitkan bersama oleh Kishore Lulla dari Bhansali dan Eros International dan dibintangi oleh Ranveer Singh, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra. Pelakon pembantu termasuk Tanvi Azmi, Vaibhav Tatwawaadi dan Milind Soman.

Berdasarkan novel Marathi Rau oleh Nagnath S. Inamdar, Bajirao Mastani menceritakan kisah percintaan antara Jeneral Maratha, Baji Rao I dan Mastani, puteri Bundelkhand.

Melalui slot Hindi Special, jangan lupa saksikan Bajirao Mastani pada 9 April 2021, hari Jumaat jam 9.30 malam hingga 12.30 tengah malam.

- advertisement -

Johnny English Reborn

filem jonny english reborn

Johnny English Reborn merupakan sebuah filem aksi perisik komedi dari United Kingdom arahan pengarah Oliver Parker. Ia merupakan kesinambungan kepada filem Johnny English tahun 2003.

Filem ini dibintangi oleh Rowan Atkinson (atau dikenali ramai dengan watak Mr Bean) bersama Gillian Anderson, Dominic West, Rosamund Pike, Daniel Kaluuya dan Richard Schiff sebagai watak baharu. Dalam misi terbarunya, Johnny English harus menghentikan sekumpulan pembunuh antarabangsa sebelum mereka membunuh pemimpin dunia dan menimbulkan kekacauan global. Johnny English menentang pembunuh antarabangsa dari membunuh Perdana Menteri China, Xiang Ping.

Filem hebat ini pula disiarkan pada 10 April 2021 melalui slot Awesome Movies, jam 10 malam hingga 12 tengah malam. Jangan lupa saksikan gelagat dan aksi daripada perisik English.

Telefilem Bibik Kayangan (Awesome TV)

Telefilem Bibik Kayangan merupakan cerita baru daripada Awesome TV. Ianya mengisahkan tentang Kiah (Catriona Ross), Saadon (Kazar Saisi) dan Melah (Hanna Aqeela) dimana mereka bertiga adalah anak beranak yang bekerja di sebuah banglo mewah di ibu kota. Kiah, Saadon dan Melah telah lama menjadi pembantu rumah di banglo milik Datuk Syafik (Zaidi Omar) dan Datin Sally (Marissa Yasmin). Keluarga Datuk Syafik terkandas di luar negara dan tidak dapat pulang ke Malaysia kerana “lockdown”. Tiga hari tiga malam mereka feeling banglo tu macam rumah sendiri sehingga kemunculan Ucha (Aprena Manrose) membuatkan mereka menyamar sebagai tuan rumah.

Antara pelakon yang terlibat seperti Catriona Ross, Kazar Saisi, Hanna Aqeela, Zaidi Omar, Aprena Manrose dan ramai lagi.

bibik kayangan

Jadi jangan terlepas menonton telefilem Bibik Kayangan pada 11 April 2021, hari Ahad jam 9.30 malam hingga 11.30 malam melalui slot Ohsem Tele di Awesome TV. Anda juga boleh layari laman web di www.awesometv.my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here