Berita baik, Kids Pack Astro sekarang mempunyai 2 saluran baru iaitu Boomerang dan juga Nick Jr. Tetapi ada berita tidak baik, semua saluran Disney akan dihentikan bermula 31 Disember 2020.

Kita pergi kepada berita tidak baik dahulu, menerusi perkongsian Sinar Harian, pihak Disney akan mula hentikan perkongsian saluran Disney XD HD pada 31 Disember 2020 di seluruh Asia Tenggara. Jadi selepas itu tiada lagi Disney XD di Astro. Disebabkan ini jugalah, pihak Astro telah membuat keputusan untuk hentikan penyiaran bagi semua channel Disney iaitu Disney Channel dan Disney Junior pada masa yang sama juga.

Oleh itu bermula 1 Januari 2021 kelak, tiada lagi channel Disney XD (CH 612), Disney Channel 614 HD/634 dan Disney Junior (CH 613).

Siaran Baru di Astro, Boomerang Dan Nick Jr.

boomerang nick jr

Tetapi ada berita baik, jangan risau. Bermula 15 Disember 2020, Astro telah memperkenalkan 2 saluran baru bagi Kids Pack iaitu Boomerang dan Nick Jr.

  • Boomerang (CH 619)
  • Nick Jr. (617)

2 saluran ini akan sertai channel lain yang ada di dalam Pek Kanak-Kanak tersebut iaitu Cartoon Network, Nickelodean (saluran 616 HD/636), Baby TV (saluran 618), Astro Xiao Tai Yang (saluran 304 HD/344), Chutti TV (saluran 213), Astro Tutor TV (saluran 601/602/603), Astro TVIQ (saluran 610) dan juga Astro Ceria (saluran 611 HD/631)

Pek Kanak-Kanak (Kids Pack)

ChannelNombor Saluran
Astro Tutor TV UPSR601
Astro Tutor TV PT3602
Astro Tutor TV SPM603
Astro TVIQ610
Astro Ceria611 (HD)
631 (SD)
Boomerang619
Nick Jr.617
Cartoon Network615 (HD)
635 (SD)
Nickelodeon616 (HD)
636 (SD)
BabyTV618

BACA : Senarai Nombor Channel Baru Astro Untuk Tahun 2020

Kandungan

Kandungan yang disertakan masih mengekalkan niche kartun. Dari saluran Nick Jr, anda boleh menonton Dora the Explorer, Top Wings, Shimmer and Shine dan banyak lagi. Manakala untuk saluran Boomerang pula disediakan kandungan seperti Mr. Bean: The Animated Series, My Little Pony: Pony Life, Scooby-doo! Guess Who?, The Tom & Jerry Show dan lain-lain lagi.

Kini Astro juga telah menyediakan lebih 10,000 kandungan berunsurkan hiburang dan pendidikan kanak-kanak melalui Astro On Demand dan Astro Go seperti

We Bare Bears, SpongeBob SquarePants, Beyblade, Upin & Ipin, Ejen Ali, Adventure Time, Ben 10, Bandanamu Kids Songs, SMK, Omar & Hana, Didi & Friends dan banyak lagi. Jadi jangan lupa untuk daftar Astro Go secara percuma je tau.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Kids Pack ni, anda boleh layari content.astro.com.my/kids

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here