- advertisement -

Jangan terlepas untuk saksikan program nyanyian terbaru, Vokal Mania menerusi saluran TV3 atau anda boleh strim secara online di Youtube TV3 Official setiap minggu secara percuma.

Vokal Mania adalah sebuah program realiti terbaharu di TV3 di mana 24 orang penyanyi amatur (diberi gelaran Rookie) akan bertanding dengan 4 orang penyanyi profesional (diberi gelaran Idol) bagi merebut hadiah terkumpul bernilai RM80,000!

BACATonton Kesemua Persembahan Peserta Gegarvaganza 7 Di Astro RIA dan Astro GO

4 orang penyanyi amatur terpilih (diberi gelaran Rookie) akan digandingkan bersama 4 orang penyanyi profesional tetap (diberi gelaran Idol) dalam setiap episod untuk berlawan membuat persembahan nyanyian lagu solo dan duet. Juri tetap akan menentukan pemenang setiap perlawanan.

- advertisement -
Saksikan Vokal Mania Di TV3 Atau Strim Secara Online Di Youtube TV3 Official

Seorang Rookie terbaik dalam setiap episod juga akan diberi gelaran Rookie Star Award dan pemenang akan ditentukan melalui 70% undian awam dan 30% markah daripada juri tetap. Pemenang akan memenangi hadiah menarik daripada pihak penaja. Anda boleh mengundi melalui laman sesawang Xtra Vokal Mania disini.

Selain itu, penonton juga boleh mengundi kesemua 24 Rookie setiap minggu untuk membantu Rookie pilihan mereka mara ke peringkat separuh akhir pada minggu ke-7. Hanya 8 Rookie yang mempunyai campuran markah juri dan undian tertinggi layak ke peringkat ini. Mereka akan membuat persembahan untuk mendapat tempat ke peringkat akhir. Hanya Rookie sahaja yang akan bertanding di peringkat separuh akhir.

Pada episod akhir Vokal Mania, 1 Idol akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan 1 Rookie akan memenangi hadiah bernilai RM30,000 termasuk wang tunai, 1 rakaman lagu dan 1 muzik video.

Barisan Peserta Rookie Dan Idol

Terdapat 24 peserta yang diberi gelaran Rookie iaitu Daniel Chuer, Nursyafiqnaser, Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yuveena, Eranzz Lambert, Nisha Haque, Aufahanie, Zareef Sein, Erin, Zetty Rashid, Daus Husny, Hariz Danial, Alif Kadim, Daniesh Suffian, Wafariena, Afieq Shazwan, Hakeemzamall, Nuha Bahrin, Fatin Afeefa, Fiera, Qiem Churros, Aedy Kama dan Razak A’ai.

Manaka 4 penyanyi profesional digelar Idol ialah Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo.

Saksikan Vokal Mania Di TV3 Atau Strim Secara Online Di Youtube TV3 Official

Barisan Juri

Setiap minggu, peserta akan di adili oleh 2 juri tetap iaitu Misha Omar dan Yusry Abdul Halim. Vokal Mania TV3 juga akan diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ AC Mizal sebagai pengacara setiap minggu serta dibantu oleh Azira Shafinaz sebagai hos bersama.

Saksikan Vokal Mania Di TV3 Atau Strim Secara Online Di Youtube TV3 Official

Waktu Siaran

Vokal Mania akan disiarkan secara langsung di TV3 untuk 9 minggu pada setiap Sabtu pukul 9 malam. Anda juga boleh strim secara online di Youtube TV3 Official secara percuma.

Konsert Vokal Mania Setiap Minggu

Minggu 1

Senarai Rookie : Aisha Retno, Wafariena, Tuah Adzmi, Alif Kadim
Pemenang Rookie Star Award : Aisha Retno

Konsert Vokal Mania – Minggu 1

Minggu 2

Senarai Rookie : Daniesh Suffian, Fiera, Razak A’ai dan Nuha Bahrin
Pemenang Rookie Star Award : Nuha Bahrin

Konsert Vokal Mania – Minggu 2

Minggu 3

Senarai Rookie : Aufa Hanie, Hakeem Zamall, Nur Syafiq Naser, Qiem Churros
Pemenang Rookie Star Award : Qiem Churros

Konsert Vokal Mania – Minggu 3

Minggu 4

Senarai Rookie : Aedy Kama, Fatin Afeefa, Danial Chuer, Nisha Haque
Pemenang Rookie Star Award : Danial Chuer

Konsert Vokal Mania – Minggu 4

Minggu 5

Senarai Rookie : Afieq Shazwan, Hariz Danial, Yuveena, Zareef Sein
Pemenang Rookie Star Award : Afieq Shazwan

Konsert Vokal Mania – Minggu 5

Minggu 6

Senarai Rookie : Daus Husny, Erin, Eranzz Lambert, Zetty Rashid
Pemenang Rookie Star Award : Daus Husny

Konsert Vokal Mania – Minggu 6

Minggu 7 (Separuh Akhir)

Senarai Rookie : Aedy Kama, Afieq Shazwan, Aisha Retno, Eranzz Lambert, Yuveena, Daus Husny, Alif Kadim dan Danial Chuer

Konsert Vokal Mania – Minggu 7

Minggu 8 (Akhir)

Senarai Rookie :

Juara Rookie :
Juara Idol :

Konsert Vokal Mania – Minggu 8

- advertisement -

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here