Hujung minggu anda akan disajikan lagi dengan sebuah telefilem “Kembar Keliru” melalui slot Ohsem Telemovie yang disiarkan di Awesome TV pada 28 Februari 2021. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Syazwan Zulkifli, Wafariena, Sweet Qismina dan ramai lagi.
BACA : Saksikan Telefilem Janda Si Ayob (Awesome TV)
Tayangan : Ohsem Telemovie (Awesome TV)
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan
Skrip : AmniXahra
Produksi : Suara Kita Production
Pelakon : Syazwan Zulkifli, Wafariena, Sweet Qismina, Rosnah Johari, Dato’ Jalaludin Hassan, Marisa Yasmin dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Kembar Keliru
Telefilem Kembar Keliru ini mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Iskandar, lakonan Syazwan Zulkifli. Dia yang telah bertunang dengan Ameera (Sweet Qismina) iaitu anak kepada sahabat bapanya.
Iskandar terlalu rimas dengan sikap Ameera yang terlalu manja dan mengada-ngada sehingga dia membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada Ameera. Iskandar telah membuat keputusan untuk pergi ke sebuah pulau tanpa pengetahuan sesiapa.
Bermulalah kisah pertemuan Iskandar dengan Cendana di pulau tersebut. Cendana, lakonan Wafariena, adalah gadis pulau yang cantik, lemah lembut dan juga seorang pelukis. Tanpa diduga, Iskandar telah jatuh cinta pada Cendana.
Iskandar juga bertemu dengan Shamel, sepupu kepada Cendana yang mempunyai wajah seirasnya. Oleh kerana wajah yang serupa, Iskandar mengupah Shamel menyamar sebagainya sementara Iskandar tinggal di pulau untuk memikat hati Cendana.
Suasana menjadi kelam kabut apabila Dato Shah (Dato Jamaludin Hassan) membuat keputusan untuk menikahkan Shamel yang dianggap Iskandar dan akhirnya rahsia kedua keluarganya terbongkar.
Waktu Tayangan
Jadi jangan lupa untuk saksikan kekeliruan keluarga ini dalam Kembar Keliru di Awesome TV di saluran Astro 123 dan MYTV 112, pada hari Ahad (28 Februari 2021) jam 9.30 malam hingga 11.30 malam. Jika terlepas, anda juga boleh tonton semula di portal Awesome TV di www.awesometv.my