- advertisement -

Kali ini melalui Panggung RTM membawakan telefilem Terlajak Subuh iaitu sebuah drama komedi yang akan bersiaran pada 1 Mei 2021 di TV1.

BACA : Saksikan Telefilem Selumbar Di TV1 (Panggung RTM)

Telefilem kali ini lebih istimewa apabila ianya mengenengahkan dialek atau loghat Pahang terutamanya loghat Temerloh. Juga dilakonkan oleh anak jati Temerloh, Azlan Mokhtar atau lebih dikenali dengan nama Lan Siro bersama-sama Bell Ngasri sebagai pelakon utama

Tayangan : Panggung RTM TV1
Pengarah : Isma
Penulis Skrip : MF Kencana & Boby Wadi
Penerbit : Jaja Ishak
Produksi : Kembara Sufi Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Lan Siro, Bell Ngasri, Razak Ahmad, Zety Rashid, Amalina Aminuddin, Azuwan Arazlie, Khairilanwar Zulkifli, Eric Khoo Heng Huat dan ramai lagi.

- advertisement -
terlajak subuh

Sinopsis Telefilem Terlajak Subuh

Mengisahkan 2 kawan, Zam (Bell Ngasri) dan Mat (Lan Siro) telah dibuang kerja dan dihalau dari rumah sewa masing-masing kerana tidak dapat membayar sewa. Tiada tempat berteduh lalu tidur di jalanan. Mereka juga telah disamun di jalanan.

Mereka ditakdirkan bertemu dan mula mengenali antara satu sama lain ketika menjadi gelandangan dan mengharapkan sumbangan orang ramai untuk mendapatkan makanan. Zam dan Mat perlu mengubah nasib yang dialami! Inilah kisah pemuda yang nak kaya tapi selalu Terlajak Subuh.

  • terlajak subuh
  • terlajak subuh
  • terlajak subuh

Waktu Tayangan

Telefilem Terlajak Subuh akan ditayangkan pada 1 Mei ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam di panggung RTM di TV1. Anda juga boleh saksikan secara online di portal rtmklik di rtmklik.rtm.gov.my/

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here