Sebuah telefilem terbaru, Tebus akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 19 Mac 2021 di TV2 menerusi slot Citra.
Telefilem Tebus ini bakal menampilkan pelakon cantik Reen Rahim sebagai watak utama bersama-sama pelakon lain seperti Risteena Munim, Daniel Lim Santoso dan ramai lagi
BACA : Saksikan Telefilem Di Pinggir Ilusi Di TV2
Tayangan : Citra di TV2
Pengarah : Abd Latif Ismail
Pelakon : Reen Rahim, Risteena Munim, Daniel Lim Santoso, Rania Humaira, Alya Iman dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Tebus
Telefilem ini mengisahkan Sofia, ibu yang berusaha menyelamatkan anaknya yang dipercayai diculik oleh seorang lelaki. Hakikatnya, penculik sebenar ialah seorang wanita kurang siuman yang juga merupakan jirannya.
Wanita tersebut telah mengambil dan menyembunyikan anak Sofia di rumah bagi menggantikan anaknya yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan.
Waktu Tayangan
Telefilem Tebus ini akan disiarkan pada 19 Mac 2021, hari Jumaat, pukul 9.30 malam di TV2. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store