- advertisement -

Sempena Chinese New Year, TV3 bawakan telefilem Sir Alvin yang akan ditayangkan pada 13 Februari ini. Sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat.

Telefilem Sir Alvin sebenarnya bukanlah pertama kali disiarkan di kaca TV, sebaliknya sebelum ini, ianya pernah disiarkan. Kebiasaanya, akan disiar semula sempena Tahun Baru Cina atau kita sambutang Hari Guru. Ini kerana ceritanya mengisahkan kehidupan seorang guru Cina yang terpaksa mengajar di kawasan pedalaman yang jauh dari bandar besar.

BACA : Saksikan Drama Takdir Yang Tertulis Di Slot Samarinda TV3

Tayangan : Cerekarama TV3
Pengarah : Raja Mukhrin
Skrip : Ramlah Rashid
Terbitan : Layar Consult Sdn. Bhd.
Pelakon : Alvin Chong, Adeline Tsen, Roger Shak, A.R Badul, Elvina Chua, Rustaman dan ramai lagi

- advertisement -
sir alvin

Sinopsis Telefilem Sir Alvin

Telefilem Sir Alvin bermula apabila Alvin telah tamat pengajian di luar negara dan telah dihantar bertugas di sebuah sekolah jauh dari bandar yang tiada kemudahan termasuk internet. Alvin (Alvin Chong) kuat semangat demi tanggungjawab yang diamanahkan. Alvin memilih kerjaya sebagai pendidik kerana dia ingin mewarisi arwah datuknya yang juga seorang guru.

Cabaran demi cabaran terpaksa Alvin tempuhi termasuk kenakalan pelajar-pelajar di situ yang pernah membocorkan tayar motosikalnya selain turut mencuri kasutnya. Ketika dia ditimpa masalah, Dasuki datang menolongnya. Dasuki tidak bersekolah kerana kemiskinan hidupnya. Terdetik di hati Alvin, di usia yang masih muda, Dasuki terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan dia dan ibunya yang sakit.

Waktu Tayangan

Untuk tahun 2021 ini, telefilem Sir Alvin akan sekali lagi menemui penonton di kaca tv pada 13 Februari, hari Sabtu pukul 2 petang. Jika terlepas, anda masih boleh saksikan ulang siar di Youtube Drama Sangat atau klik sahaja video dibawah

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here