Panggung RTM minggu ini membawakan sebuah telefilem bertajuk Selumbar yang akan menemui penonton pada 24 April 2021 di TV1. Telefilem yang dilakonkan oleh Fikry Ibrahim, Sarah Dawud dan Risteena.
BACA : Saksikan Telefilem Bilal Gantian Di TV1 Dan RTMKlik (Panggung RTM)
Tayangan : Panggung RTM TV1
Pengarah : Norliza Ismail
Idea Asal : Nur Halim Ismail
Skrip : Mohammad Ashroff Nor Shaid
Produksi : Nur TV Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Fikry Ibrahim, Sarah Dawud, Nur Risteena, Ramah Harun, Anwar Jamil dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Selumbar
Kehadiran Azrina (Sarah Dawud) di dalam keluarga Aiman (Fikry Ibrahim) benar-benar menimbulkan ketidakselesaan Zaty (Nur Risteena), isteri Aiman.
Azrina mula menagih simpati ibu Aiman dengan menjaja kisah sedih kehidupannya hinggakan terpaksa berhutang dengan Along. Namun kekecohan berlaku di rumah Aiman apabila barang kemas dan duit raya milik syarikat hilang!
Apakah yang terjadi seterusnya? Siapakah yang mencuti barang kemas dan duit tersebut? Saksikan telefilem Selumbar di TV1


Waktu Tayangan
Telefilem Selumbar akan menemui penonton pada 24 April ini, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1. Anda juga boleh saksikan siarang ulangan menerusi RTMKlik di www.rtmklik.rtm.gov.my