- advertisement -

Saksikan telefilem Rindu Atok di saluran Awesome TV. Jika ada penggemar telefilem atau cerita terbitan Awesome TV, anda boleh saksikan telefilem Rindu Atok pada 10 Januari 2021 ini.

Telefilem ini menggambarkan bait-bait kasih sayang kekeluargaan antara atok dan cucunya. Rindu Atok dibintangi oleh pelakon dan pengarah otai, Sabri Yunus Kamarul Eqifshah sebagai cucunya di dalam cerita ini.

BACA : Saksikan Telefilem Jefri Haji Muda Di Awesome TV (MYTV112)

Tayangan : Awesome TV
Pengarah : Sabri Yunus
Terbitan : Read Bean Productions
Idea Asal dan Skrip : Aloy Paradoks
Pelakon : Sabri Yunus, Issey, Hana Farahin, Azar Azmi, Aloy Paradoks, Azizul Ammar, Angeline Tan, Ajak Shiro dan ramai lagi

- advertisement -
rindu atok

Sinopsis Telefilem Rindu Atok

Telefilem Rindu Atok mengisahkan seorang budak lelaki yang menemani datuknya tinggal di kampung. Dia telah menjumpai sebuah peti lama kepunyaan datuknya dan berhasrat untuk mencari teman wanita datuknya.

Beliau bersama-sama dengan seorang rakan telah menemu bual beberapa orang nenek di kampung tersebut untuk mencari maklumat. Berjayakah dia menjejaki nenek yang merupakan teman wanita pertama datuknya?

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Rindu Atok pada 10 Januari 2021, hari Ahad jam 9.30 malam di Awesome TV saluran MYTV 112. Anda juga boleh dapatkan kandungan lain di portal AwesomeTV www.awesometv.my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here