- advertisement -

Kalau hujung minggu anda tiada aktiviti, anda boleh tonton telefilem seram komidi bertajuk Rahsia Malam Jumaat di TV3 yang menampilkan gandingan pelakon Janna Nick dan Elfira Loy.

Telefilem ini sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat yang mempertontonkan keletah dan adegan adik beradik yang dihantui oleh ‘seseorang’ dan dalam masa yang sama menaruh harapan kepada seorang jejaka yang baru pindah ke kampung mereka.

BACASebuah lagi Telefilem Hebat Daripada TV3. Tonton Dan Strim Kasih Tau Foo Fah

Rahsia Malam Jumaat telah ditayangkan melalui slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu, 10 Oktober 2020 pada jam 9 malam hingga 11 malam. Telefilem ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah serta dibarisi pelakon terkenal seperti Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zila Bakarin, Danish Hazriq, Kamarool Hj Yusoff dan beberapa pelakon lain lagi.

- advertisement -

Sinopsis Telefilem Rahsia Malam Jumaat

tonton telefilem rahsia malam jumaat di youtube tv3

Telefilem Rahsia Malam Jumaat mengisahkan 2 orang adik beradik iaitu Hana (Janna Nick) dan Nani (Elfira Loy) balik ke kampung bagi melawat ibu dan adik lelakinya. Dalam masa yang sama, kampung mereka ketika itu sedang kecoh dengan pembunuh misteri. Jadi pada suatu malam, ketika pulang daripada tengok konsert, mereka ternampak tangan terkapai-kapai dari sebuah lubang di tepi jalan. Sejak daripada peristiwa itu, mereka telah dihantui oleh lelaki tersebut setiap malam sehingga mereka merasa takut.

Dalam masa yang sama Hana dan Nani telah menaruh harapan kepada pemuda kampung, Muaz. Jadi bermacam-macam perkaralah dibuat bagi menarik perhatian Muaz kepada mereka.

Akhirnya mereka berjaya dapat tak hati Muaz? Bagaimana pula dengan lelaki misteri yang menghantui mereka itu?

Banyak gelagat dan kelakar yang ditampilkan oleh adik beradik ini sepanjang tayangan, jadi jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Rahsia Malam Jumaat di Youtube TV3 atau klik sahaja pautan dibawah.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here