Sebuah lagi telefilem keluaran Astro akan menemui anda menerusi iaitu telefilem Please Subcribe Cintaku yang akan disiarkan di Astro Citra.

Telefilem Please Subscribe Cintaku ini merupakan idea asal daripada pelakonnya sendiri iaitu Jasmine Suraya yang katanya idea tersebut tercetus ketika musim PKP yang lepas. Kali ini ianya diluahkan dalam bentuk tayangan digital.

BACASaksikan Telefilem Cerai Pada Sabtu, 7 November 2020 Di Astro Citra

Telefilem ini menampilkan gandingan pelakon Jasmine Suraya bersama dengan Sufian Suhaimi. Jika sebelum ini mereka bersama dalam muzik video Sufian Suhaimi menerusi lagu Janji kali ini mereka bersama sekali lagi dalam telefilem pula.

Tayangan : Astro Citra
Produksi : Jazzy Pictures
Pengarah : Mark Lee See Teck
Pelakon : Sufian Suhaimi, Jasmine Suraya, Alvin Wong, Fazreen Fazeera, Erry Putra, Fiza Thomas, Sherry Al Jeffri.

Saksikan Telefilem Please Subscribe Cintaku (Astro Citra)

Sinopsis Telefilem Please Subscribe Cintaku

Hannah seorang personaliti media social yang popular telah menjadi saksi kes pembunuhan apabila terakam satu peristiwa pembunuhan ketika melakukan ig live disebuah kawasan berhantu. Diburu oleh kumpulan penjenayah itu Hannah disembunyikan di kampung Fendi atas permintaan sepupunya sorang pegawai polis. 

Percanggahan perwatakan mereka menimbulkan pelbagai masalah sehingga suatu hari lokasi Hannah disembunyikan telah dimuat naik secara tidak sengaja di social media Fendi dan mereka kini dijejaki.

Saksikan Telefilem Please Subscribe Cintaku (Astro Citra)

Waktu Siaran

Telefilem Please Subcribe Cintaku akan disiarkan pada 21 November 2020, Sabtu jam 9 malam melalui saluran Astro Citra (Citra HD). Anda juga boleh saksikan di secara strim di Astro GO pada masa yang sama. Jangan lupa tau!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here