Hari pertama minggu baru, Tv2 membawakan sebuah telefilem seram, Mek Wok yang akan bersiaran pada 2 Ogos 2021 di slot Drama On 2 di Tv2.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk saksikan cerita ini yang dibarisi pelakon seperti Fauziah Nawi, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Faradhiya dan ramai lagi.
BACA : Tonton Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2 (Drama On 2)
Tayangan : Drama On 2 di Tv2
Pengarah : Nuad Hj. Othman
Penulis Skrip : MF Kencana
Produksi : Shamim Pictures
Pelakon : Fauziah Nawi, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, Faradhiya, Amar Asyraf, Khatijah Tan, Mubarak Majid, Ikhwan Khairudin, Mimi Ernida dan ramai lagi


Sinopsis telefilem Mek Wok
Setelah mendengar kisah seram yang diceritakan oleh Tok Penghulu, seorang penerbit filem berminat menjadikan kisah tersebut sebuah filem.
Selang beberapa minggu, kru produksi datang ke kampung untuk membuat penggambaran. Namun, kerana kekurangan bajet pengarah telah meminta kru produksi untuk mencari pelakon tambahan dikalangan penduduk kampung yang sanggup berlakon tanpa bayaran.
Kru produksi juga telah menyinggung hati Tok Anjang yang kemudian berpakat dengan Jebat untuk menggagalkan penggambaran yang sedang berlangsung.
Waktu tayangan
Telefilem Mek Wok akan ditayangkan pada 2 Ogos ini, hari isnin jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di Tv2. Anda juga tonton secara online menerusi aplikasi RTM Klik atau di website rtmklik.rtm.gov.my