Jangan anda melanggan pakej saluran atau channel Astro BOO, jangan lupa saksikan telefilem Koboi & Vampire yang akan disiarkan pada 26 November 2020.
BACA : Saksikan Telefilem Please Subscribe Cintaku (Astro Citra)
Katanya ini merupakan cerita atau telefilem melayu tempatan yang ada konsep Koboi selepas filem Labu Labi yang diarahkan oleh P.Ramlee sebelum ini. Tambahan pula, bagaimana ianya digarap dengan bahasa melayu, koboi dan juga seram melalui penampilan vampire.
Telefilem Koboi & Vampire ini bertemakan komedi seram dengan menampilkan lakonan hebat daripada Khir Rahman,Siti Saleha, Imuda, Didie Alias dan ramai lagi.
Tayangan : Astro BOO (CH404)
Genre : Komedi Seram
Pengarah : Megat Fauzi Isa
Penerbit : Melissa Saila
Pelakon : Khir Rahman,Siti Saleha, Imuda, Didie Alias, D’Boy (Aku Posmen) dan Melissa Saila
Sinopsis Telefilem Koboi & Vampire
Budi seorang yang lurus bendul telah berkahwin dengan Masmona wanita kegilaan kaum lelaki. Jali teman baik Budi dengki terhadap Budi dan telah membuat cerita bahawa Masmona adalah Pontianak. Apakah yang terjadi kepada Budi dan Jali?
Bagaimana pula kisah hidup Masmona setelah dilabel sebagai Pontianak atau vampire?
Tayangan Perdana
Anda boleh saksikan tayangan perdana untuk 20 minit. Jika berminat, anda boleh subscribe atau langgan Astro BOO.
Waktu Siaran
Telefilem Koboi & Vampire ini akan mula disiarkan pada 26 November 2020, Khamis, jam 10.30 malam di Astro BOO (CH404). Anda juga boleh tonton secara strim melalui Astro GO.