- advertisement -

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Kifarah Buta yang akan disiarkan pada 12 Disember 2020 eksklusif hanya di Astro Citra.

Dalam Kifarah Buta ini anda boleh saksikan lakonan Azmi Saat anggota kumpulan Caliph Buskers tau. Anda boleh tonton bagaimana lakonan yang akan disampaikan oleh beliau walaupun dalam keadaan kekurangan. Selain daripada Azmi, terdapat ramai lagi pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Farisha Iris, Fadh Majid dan lain-lain.

Tayangan : Astro Citra
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Arie Zaharie Production
Skrip : Eenaz Mokhtar dan CTNA Marzuki
Pelakon : Azmi Saat, Farisha Iris, Fadh Majid, Izzmad Harun, Fareez Fauzi, Danish Daniel, Zali Shuhali dan Din Latah

kifarah buta

Sinopsis Telefilem Kifarah Buta

Telefilam Kifarah Buta ini menceritakan tentang seorang insan, Zahid (Azmi Saat) hidup bersendirian dan berdikari walaupun serba kekurangan. Minat Zahid terhadap muzik membawanya kepada Suraya (Farisha Iris), seorang gadis yang menjadi mangsa ketamakan abangnya sendiri, Kamal (Fadh Majid), yang kehilangan pandangannya secara beransur.

- advertisement -

BACA : Saksikan Telefilem Please Subscribe Cintaku (Astro Citra)

Zahid menjadi tempat Suraya berkongsi cerita, impian dan cita-cita sehingga ketamakan Kamal mula mengancam keselamatan Suraya. Kehadiran Fikri (Izzmad Harun), seorang eksekutif muda yang bencikan pengemis dan orang kurang upaya mengubah hidup Kamal yang selalu selalu mengemis untuk dadah dan hiburan.

Waktu Siaran

Telefilem Kifarah Buta ini akan disiarkan pada 12 Disember 2020, Sabtu jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD. Anda juga boleh saksikan secara striming di Astro Go secara percuma bagi pelanggan Astro.

Trailer

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here