TV2 (Drama On 2) akan membawakan sebuah telefilem tempatan terbaru untuk tahun 2021 bertajuk Kampong Bharu bagi tontonan orang ramai pada 1 November 2021.
Telefilem arahan pengarah terkenal Aziz M.Osman bakap membariskan pelakon komedi lagenda tanah air Saiful Apek tetapi membawakan watak serius dalam telefilem ini.
Menurut pengarahnya, drama ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beliau ketika keluarganya berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1975.
Judul : Kampong Bharu
Tayangan : Drama On 2 TV2
Pengarah : Aziz M. Osman
Lakon Layar : Aziz M. Osman
Terbitan : CC Media 2020 Sdn. Bhd.
Pelakon : Mohd Saiful Azam, Sabrina Ali, Kamal Bakar, Kenji Sahawii, Faizul Syaharin, Nelissa Edreena, Carissa Azhar, Alief Rezariel Reduan, Christabella Ling Bao Ai, Khairul Anwar Halim, Alicia Chong dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Kampong Bharu
Pada awal tahun 1970-an, Yusof (Mohd Saiful Azam) bersama isteri dan anak-anaknya berhijrah ke Kuala Lumpur dari sebuah kampung di Terengganu.
Disini bermulalah kehidupan baru mereka di sebuah tempat yang dinamakan Kampong Bharu. Walaupun pelbagai cabaran dan kesusahan yang dilalui, Yusof tekad melakukan apa sahaja untuk memberi kesenangan kepada keluarganya.
Sehinggakan dia sanggup bekerja sebagai Pencacai (pengangkut najis) dengan Tauke Ah Lai hingga dia dipandang hina dan jijik oleh Orang Melayu yang tinggal disitu.
Waktu Tayangan
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Kampong Bharu pada pada 11 November ini, hari Isnin jam 9.00 malam di TV2. Anda juga boleh saksikan secara online di RTMKLIK https://rtmklik.rtm.gov.my/