- advertisement -

Sempena Ramadan kali ini, TV3 membawakan semula telefilem Hantu Penunjuk Jalan akan disiarkan semula pada 2 Mei 2021 ini. Telefilem ini pernah disiarkan sebelum ini iaitu pada tahun 2020 yang lalu.

BACA : Saksikan Telefilem Pemuja Rahsia Di TV3 (Sempena Ramadan)

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan merupakan sebuah seram komedi arahan Kyoll Hamzah dengan dibarisi pelakon seperti Izzue Islam, Bella Dally, Razzuan DFKL, Shasha Raman DFKL dan ramai lagi.

Tayangan : Istimewa Ramadan di TV3
Pengarah : Kyoll Hamzah
Idea Asal : Shahnas Putra & Team Cakerawala
Penulis Skrip : Shahnas Putra
Penerbit : Haji Mohd Yusri Bin Hj. Yussoff
Produksi : Layar Consult Sdn. Bhd.

- advertisement -
hantu penunjuk jalan

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem Hantu Penunjuk Jalan seperti Izzue Islam, Bella Dally, Razzuan DFKL, Shasha Raman DFKL, Faiz Tapaw, Habeeb, Ikhwa, Azdim, Azwa, Azlin dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai JAY
  • Bella Dauly sebagai ALIN
  • Razzuan DFKL sebagai TEGAR
  • Shasha Raman DFKL sebagai SHASHA RAMAN
  • Faiz Tapaw sebagai FARID

Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan

Hantu Penunjuk Jalan mengisahkan tengtang Kampung Naga Kapitan yang terkenal sebagai kampung misteri kerana hanya dapat dijumpai melalui navigasi GPS Antoo dan tidak ada yang keluar dari situ hidup-hidup.

  • hantu penunjuk jalan
  • hantu penunjuk jalan
  • hantu penunjuk jalan
  • hantu penunjuk jalan

Alin, influencer media sosial yang terkenal merancang untuk melakukan tinjauan produk di tempat tersebut. Di sana, dia bertemu dengan Jay, pemandu e-hailing yang tersesat setelah menurunkan penumpang. Ketika mereka berusaha mencari jalan keluar, perasaan mereka saling bertaut.

Waktu Tayangan

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan akan menemui penonton di kaca tv pada 2 Mei ini, hari Ahad jam 10 malam di TV3. Atau anda boleh terus sahaja tonton di Youtube TV3 Malaysia pada bila-bila masa.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here