Sempena Hari Raya Aidiladha, TV3 membawakan sebuah telefilem, Haji Gugel yang akan ditayangkan pada 24 Julai 2021. Sebuah cerita yang berlatarbelakangkan ibadah haji yang berlangsung dalam bulan Zulhijjah.
BACA : Saksikan Telefilem Sebelum Pulang Di TV2 (Istimewa Aidiladha)
Telefilem ini pernah disiarkan pada tahun 2018 yang lalu dan kini ianya diulang siar sempena Aidiladha bagi tontonan orang ramai terutamanya yang terlepas dahulu atau tontonan semula.
Judul : Haji Gugel
Tayangan : TV3
Pengarah : Bade Hj. Azmi
Skrip : Azlina Din
Penerbit : Lt. Kol. Bersekutu (PA), Dato’ A. Aida dan Datin Sri Noraini Abdul Jalil
Produksi : A. Aida Production


Pelakon Dan Watak
Kazar Saisi, Aida Aris serta Liyana Jasmay masing-masing memegang watak utama dalam telefilem Haji Gugel serta dibantu oleh Ridzuan Hashim, Marup Mustapah, Reza Hasbi, Putra Amaris, Rahim Kidol dan ramai lagi
- Kazar Saisi sebagai Arman
- Aida Aris sebagai Zahirah
- Liyana Jasmay sebagai Damia
- Ridzuan Hashim sebagai Haji Rozali
- Marup Mustapah sebagai Tahir
- Reza Hasbi sebagai Kushai
- Putra Amaris sebagai Farok
- Rahim Kidol sebagai Tok Ki
Sinopsis Telefilem Haji Gugel
Kisah Arman yang tak pernah langsung ke Mekah, apatah lagi haji, sentiasa menjual temberang dengan lagaknya kepada orang-orang kampung tentang haji, dengan berdasarkan internet “Google” sahaja.
Setiap hari Arman akan mengoggle untuk mendapatkan informasi tentang haji. Hasil gugel tersebut akan disampaikan kepada orang kampung.
Sehinggakan suatu hari, orang kampung mengetahui temberang Arman. Apakah yang akan terjadi?
Waktu Siaran
Telefilem Haji Gugel akan bersiaran pada 24 Julai ini, hari Sabtu pukul 10.00 malam di TV3. Anda boleh saksikan secara online menerusi laman web xxtra.com.my