- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem terbaru, Gadis Muka Surat yang akan ditayangkan pada 8 Januari 2021 di RTM TV2.

Telefilem Gadis Muka Surat ini menampilkan sebuah watak wanita psiko yang dibawa oleh pelakon cantik daripada Sabah, Dayang Areeda. Selain itu juga, telefilem ini juga dilakonkan dan menjalani penggembaran sepenuhnya di Sabah.

Tayangan : Slot Citra RTM TV2
Pengarah : Abdul Hadi Yusof
Idea Asal : Farah Izzati
Skrip : Farah Izzati
Penerbit : Skyline Pro
Pelakon : Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon, Ebi Kornelis, Adin Hans, Shelviana Josh, Zuzela Mohamed, Clarice John Matha dan ramai lagi

gadis muka surat

Sinopsis Telefilem Gadis Muka Surat

Kisahnya berlatarkan tentang watak utama Aina Sofea yang baru sahaja kematian suaminya, Talha. Dia yang masih bersedih dengan kehilangan itu dan sentiasa dibayangi dengan kehadiran Talha di rumahnya.

- advertisement -

Demi meluahkan rasa rindunya terhadap Talha, Aina mengirimkan surat kepada suaminya itu. Baginya dengan cara itu dia dapat melepaskan rasa rindu terhadap Talha yang masih menebal.

Pada awalnya, Aina tahu bahawa surat yang dikirimnya tidak akan mendapat balasan. Namun sebaliknya berlaku, setiap surat dikirimkan mendapat balasan beserta tandatangan Talha.

BACA : MYKLIKRTM Bertukar Kepada RTM KLIK Bermula 1 Januari 2021

Disebabkan itu, Aina mula obses mengirimkan surat kepada Talha demi melepaskan rindunya. Dia percaya suratnya itu pasti akan berbalas seperti sebelum ini.

Kemunculan Am, seorang posmen pula sentiasa dinantikannya untuk mendapatkan surat dikirim suaminya. Aina juga seringkali meminta bantuan Am untuk mengirim surat balasan kepada Talha.

Hubungan keduanya mulai rapat kerana Am percaya sepenuhnya dengan kata-kata Aina bahawa suaminya telah meninggal dunia. Pada masa sama Am juga curiga dengan Aina dan mahu mencari kebenaran siapakah pengirim sebenar surat yang diberikan oleh Aina kepada Talha kerana mana mungkin orang yang telah meninggal dunia mampu membalas surat.

Bagaimanakah kesudahan kisah misteri Aina Sofea yang sering mengirim surat dan menerima surat dengan penuh tanda tanya ini? Ikuti ceritanya di TV2

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Gadis Muka Surat yang akan menemui penonton pada 8 Januari 2021, hari Jumaat, pukul 9.30 malam hanya di TV2. Bagi yang tidak sempat menonton di TV, anda boleh tonton melalui RTM Klik myklik.rtm.gov.my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here