Saksikan tayangan semula telefilem Di Pinggir Ilusi yang akan disiarkan di TV2 melalui slot Citra pada 19 Januari ini.
Telefilam Di Pinggir Ilusi menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Azhan Rani, Aishah Azman, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Jadi jika malam anda tiada aktiviti, anda boleh tonton bersama keluarga.
BACA : Saksikan Telefilem Gadis Muka Surat Di TV2 (RTM)
Tayangan : Slot Citra TV2
Pengarah : Hazali Hj Ramli
Terbitan : Silver Screen Productions
Pelakon : Azhan Rani, Aishah Azman, Jasmine Suraya, Laila Nasir, Zarynn Min, Zaidi Omar dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Di Pinggir Ilusi
Telefilem Di Pinggir Ilusi mengisahkan Rizman yang merupakan seorang pelukis yang kaya. Namun, dikala umurnya lewat 40-an dia masih belum berkahwin kerana sikapnya yang terlalu cerewet. Kakak Rizman cuba untuk menjodohkan adiknya dengan Mastura yang pada mulanya ditolak kerana dia telah jatuh cinta dengan gadis cantik yang selalu hadir dalam mimpinya.
Rizman akhirnya bersetuju setelah didesak oleh kakaknya. Sewaktu hari perkahwinan, gadis yang selalu hadir dalam mimpi Rizman muncul dihadapannya.


Waktu Siaran
Jadi untuk penuhi malam anda, jangan lupa saksiksn Telefilem Di Pinggir Ilusi pada 19 Januari 2021, hari Selasa, pukul 9.30 malam di TV2. Jika tidak sempat tonton di tv, anda juga boleh saksikan secara striming di myklik.rtm.gov.my/