Pada malam Ramadan ini, penyiar Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan telefilem baru berjudul Bisikan Ilahi yang akan bersiaran pada 2 April 2022 menerusi slot Panggung RTM di TV1.
BACA : Telefilem Kerusi Kecil Di TV1 (Panggung RTM)
Bisikan Ilahi merupakan telemovie terbitan Datuk Rosyam Nor dibawah syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah hebat iaitu Ejump Mohd.
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Pengarah : Ejump Mohd
Penerbit : Datuk Rosyam Nor & Datin Runika
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Syafie Naswip, Zamarul Hisyam, Siti Khadijah Halim, Haeriyanto Hassan, Nafiez Zaidi dan ramai lagi
Sinopsis Telefilem Bisikan ilahi
Telefilem Bisikan Ilahi mengisahkan tentang kehidupan seorang pemuda iaitu Hadi (Syafie Naswip) yang berubah setelah kehilangan ibu dab bapanya apabila mereka terlibat dalam kemalangan.
Pada mulanya, dia malas bekerja dan sering ingkar akan pesanan orang tuanya. Dia juga berasakan sering dipinggirkan oleh mereka.
Siapa sangka selepas kejadian tersebut takdir dan doanya telah menemukannya dengan insan-insan yang memberinya hikmah tersembunyi dari Ilahi. Kini Hadi berubah dan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.
Dalam masa yang sama, Farah (Siti Khadijah) mengidap leukimia, Apakah kesudahannya? adakah dia akan bersabar atau terus menyalahkan takdir?


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Bisikan Ilahi pada 2 April ini, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.