Menerusi slot Ohsem Tele, minggu ini, Awesome TV membawakan telefilem Bibik Kayangan yang akan disiarkan pada 11 April 2021. Rasanya dah lama kita tak tengok telefilem terbaru daripada Awesome TV kan selepas telefilem Kembar Keliru yang disiarkan pada Februari yang lalu.
Tayangan : Ohsem Tele di Awesome TV
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan
Pelakon : Catriona Ross, Kazar Saisi, Hanna Aqeela, Aprena Manrose, Zaidi Omar, Marissa Yasmin dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Bibik Kayangan
Bibik Kayangan mengisahkan tentang Kiah (Catriona Ross), Saadon (Kazar Saisi) dan Melah (Hanna Aqeela) dimana mereka bertiga adalah anak beranak yang bekerja di sebuah banglo mewah di ibu kota.
Kiah, Saadon dan Melah telah lama menjadi pembantu rumah di banglo milik Datuk Syafik (Zaidi Omar) dan Datin Sally (Marissa Yasmin). Keluarga Datuk Syafik terkandas di luar negara dan tidak dapat pulang ke Malaysia kerana “lockdown”.
Tiga hari tiga malam mereka feeling banglo tu macam rumah sendiri sehingga kemunculan Ucha (Aprena Manrose) membuatkan mereka menyamar sebagai tuan rumah. Apakah akan terjadi seterusnya? Nantikan tayangan di Awesome TV…
Waktu Siaran
Telefilem Bibik Kayangan akan menemui penonton pada 11 April ini, hari Ahad pada jam 9.30 malam di saluran Awesome TV (MYTV112) dan (Astro 123). Anda juga boleh saksikan melalui website Awesome TV di www.awesometv.my