- advertisement -

Sempena Raya Aidiladha, jangan lupa saksikan telefilem Aida Adha yang akan bersiaran pada 2 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 2 Julai 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Liza Mior Rashdi
Pengarah : Faiz Ramli
Produksi : Cempaka Sari Empire Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Afifah Nasir, Bil Razali, Safura Ya’cob, Roy Azman, Dato’ Amin Khan, Aufa Ardinee, Fudail Dayyan, Zaly Zain dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Afifah Nasir sebagai Aida
  • Bil Razali sebagai Adha
  • Safura Ya’cob sebegai Mak Long Zaharah
  • Roy Azman sebagai Pak Long Nawi

Sinopsis Telefilem Aida Adha

Telefilem Aida Adha merupakan sebuah kisah komedi kekeluargaan yang mengisahkan tentang Adha seorang jurutera yang sudah lama merantau ke negara luar dan berharap suatu hari nanti dia dapat menyambut Hari Raya Qurban ini dengan meriah di negara sendiri.

- advertisement -

Jadi Adha pulang ke kampung halaman dan mula berkempen dan mengajak orang ramai berserta ahli keluarganya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dengan meriah sama seperti Raya Aidilfitri.

Tetapi keadaan menjadi kelam kabut apabila Adha mempergunakan sepupunya, Aida untuk memeriahkan lagi raya tersebut. Kenapa agaknya Aida yang menjadi mangsa? Apakah kesudahan kemeriahan hari raya mereka pada akhirnya?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here