Telefilem Ah How Putus Cinta akan disiarkan di Awesome TV (MYTV 112) pada 20 Disember 2020, hari Ahad jam 9 malam.
BACA : Saksikan Semua Episod Drama Mummy Oja Di Awesome TV
Apabila malam minggu anda akan disajikan dengan komedi romantik daripada telefilem Ah How Putus Cinta yang menampilkan barisan pelakon seperti Idris Khan, Elizabeth Tan, Chew Kin Wah, Bell Ngasri dan ramai lagi. Pastinya akan membuatkan anda gelak ketawa dengan lakonan mereka
Tayangan : Awesome TV(MYTV 112)
Pengarah : Wan Saiful Sharizan
Produksi : Suara Kita Production
Pelakon : Idris Khan, Elizabeth Tan, Chew Kin Wah, Bell Ngasri, Melanie Tan dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Ah How Putus Cinta
Telefilem Ah How Putus Cinta dengan genre komedi ini yang mengisahkan sepasang suami isteri yang membuka sebuah restoran makanan laut Cina halal dilanda masalah apabila ketua tukang masaknya menghilangkan diri selepas putus cinta dengan kekasihnya.
Mereka berusaha untuk menghubunginya. Namun gagal. Ketua tukang masak itu menghilangkan diri dan sesat sewaktu berada di hutan. Dia diselamatkan oleh Orang Asal dan membawanya keluar dari hutan. Perniagaan di restoran laris semula seperti sediakala setelah ketua tukang masak kembali semula ke restoran tersebut.
Waktu Siaran
Jadi jangan lupa saksikan telefilem ini yang akan bersiaran pada 20 Disember 2020 iaitu pada hari Ahad, jam 9 malam hanya di Awesome TV saluran 112 di MYTV. Jika terlepas, anda juga boleh tonton secara online di awesometv. my
Boleh juga tonton telefilem ini di VIU secara percuma