- advertisement -

Nampaknya penghujung tahun 2021, kita bakal disajikan dengan sebuah dokumentari berkaitan dengan sebuah konsert berskala mega bagi penyanyi no 1 negara, Siti Nurhaliza berjudul Siti: Are You Ready?

Filem dokumentari ini bakal memaparkan disebalik tabir bagaimana sebuah konsert mega berjaya diadakan tetapi diulam dengan perih getir semua team production, krew hatta penyanyi itu sendiri.

BACA : Filem Tarantula X (Astro First)

Siti Nurhaliza On Tour (SNOT) telah berjaya diadakan pada tahun 2019 yang lalu dan selepas hampir 2 tahun, barulah dokumentari ini dapat disiapkan yang bakal bersiaran bermula 30 Disember 2021 di Astro First

- advertisement -

Judul : Siti: Are You Ready?
Tayangan : Astro First & Vimeo On Demand
Durasi : 80 Minit
Terbitan : Shiraz Projects & Siti Nurhaliza Productions

siti: are you ready

Sinopsis Filem Dokumentari Siti: Are You Ready?

Filem dokumentari Siti: Are You Ready bakal mengisahkan sebuah jalan cerita bersama-sama situasi sebenar sepanjang penganjuran konsert Siti Nurhaliza On Tour (SNOT) yang berlangsung di 3 negara iaitu Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur.

Anda akan disajikan dengan dengan segala persediaan sebelum, semasa dan selepas acara konsert itu diadakan. Anda akan dapat lihat apa yang dilakukan oleh pasukan kerja dan produksi yang tiada di tempat lain.

Juga akan dipaparkan sesi latihan dengan pemuzik, penari dan semua mereka yang terbabit. Apa yang Datuk Seri Siti Nurhaliza lakukan sebelum membuat persembahan dan sebagainya.

Erti kata lain, anda boleh lihat banyak perkara apa yang terjadi sepanjang penganjuran konsert SNOT tersebut.

  • siti: are you ready
  • siti: are you ready

Waktu Tayangan

Siti: Are You Ready? akan mula ditayangkan pada 30 Disember 2021, bersamaan hari Khamis menerusi saluran Astro First CH480. Boleh juga tonton di On Demand atau Astro Go secara berulang-ulang.

Bukan itu sahaja, dengan harga sewa RM19.90 untuk 48 jam, selain daripada dokumentari akan juga ditawarkan Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour 0 Live in Concert juga tau. Dapat dokumentari, dapat persembahan konsert.

Tetapi sekiranya anda tidak ada Astro atau berada dari luar Malaysia atau Brunei, jika ingin menonton dokumentari ini, anda boleh langgan Vimeo On Demand dengan harga USD4.99 juga selama 48 jam dengan tontonan secara berulang-ulang.

Berita baik untuk die-hard fans Tokti, katanya penerbit dokumentari ini bercadang untuk terbitkan naskhah ini dalam bentuk DVD dan CD khusus untuk bagi mereka yang gemar mengumpul koleksi penyanyi tersebut.


- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here