Sebuah lagi materpiece daripada Mamat Khalid, kali ini dengan Kampong Pisang Bersiri-Siri pula. Ianya akan ditayangkan di Astro Citra.
Kita semua kenal Mamat Khalid yang melopor siri filem Hantu Kak Limah sebelum ini yang mungkin boleh dikategorikan sebagai ‘evergreen’. Jika dilihat semula siri filem Zombie Kampong Pisang pada tahun 2007 dan paling terbaru adalah Hantu Kak Limah yang ditayangkan pada 2018 sehingga mendapat kutipan yang tinggi antara filem-filem tempatan lain.
BACA : Saksikan Telefilem Cerai Pada Sabtu, 7 November 2020 Di Astro Citra
Kali ini untuk tahun 2020, mereka kembali lagi dengan siri tv pula. Lebih menarik lagi, kesemua pelakon yang pernah mewarnai filem-filem Mamat Khalid dikumpulkan di dalam siri ini dan pastinya akan lebih kelakar dari filem mungkin.
Tayangan : 12 episod di Astro Citra
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Man Kadir, Zami Ismail, Soffi Jikan, Bell Ngasri, Kazar, Yah Kucai, Ahmad Yasin, Latiff Zami, Mohd Sharwani, Ozlynn Wati, Ahmad Ibrahim dan ramai lagi.


Sinopsis Kampong Pisang Bersiri-Siri
Siti TV Kampong Pisang Bersiri-siri ini akan berlangsung untuk 12 episod dan setiap episod mempunyai tajuk-tajuk tersendiri seperti Usin Kembali bersama Zombi, Yah Kuchai vs Orang Minyak!, Pocong, Toyol dan sebagainya.
Menceritakan kehidupan penduduk Kampong Pisang yang mana penceritaannya adalah dalam lingkup universe dan dimensi yang baru dan berbeza dengan filem-filem yang telah diterbitkan. Ianys seakan prequel kepada filem-filem Mamat Khalid sebelum ini. Dihumpunkan semua pelakon yang pernah bersama Mamat Khalid di dalam sebuah kampong Pisang.
Anda rasa 1 jam lebih untuk filem tak cukup, kali ini Mamat Khalid belanja tv siri 1 jam untuk 12 episod dengan pelbagai cerita di dalamnya.
Waktu Siaran Kampong Pisang Bersiri-Siri
TV Siri Kampong Pisang Bersiri-Siri akan disiarkan bermula 7 Disember 2020 untuk 12 episod iaitu pada setiap Isnin, jam 9 malam hanya di Astro Citra. Pengguna Astro, anda juga boleh strim melalui Astro GO secara percuma.
[…] yang ditayangkan eksklusif di Astro Citra. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-Siri sebelum […]