Jangan lupa saksikan drama terbaru, Bidadari Salju yang akan mula disiarkan pada 15 Disember 2020 di TV3 melalui slot Akasia. Selain itu, anda boleh tonton di aplikasi WeTV secara percuma.
Slot Akasia pastinya menjanjikan drama yang pastinya mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Setiap kali tayangan pasti akan trending di media sosial seperti drama Cinta Sekali Lagi yang trending hampir setiap hari kerana watak yang dibawa oleh pelakon tersebut.
Drama Bidadari Salju merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama ‘Bidadari Salju‘ yang merupakan karya Mia Kiff terbitan tahun 2012. Jika dilihat daripada reaksi awal penonton, drama Bidadari Salju juga akan mendapat sambutan yang hangat daripada penonton.
Tayangan : 28 episod di TV3 (Slot Akasia) dan aplikasi WeTV
Pengarah : Reza Badarudin
Penerbit : A. Aida Production Sdn. Bhd
Pelakon : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Jasmine Suraya, Syazuwan Hassan, , Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah, Ainaa Azhari, Puteri A’teeqah, Damia Qaissarah, Nizam Kama dan ramai lagi


Sinopsis Drama Bidadari Salju
Drama Bidadari Salju mengisahkan Kayra (Sweet Qismina) yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya.
Hariz (Adam Lee), pelajar seniornya selalu mencari pasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung.
8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya.
Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka Berkhawin tetapi perkhawinan diuji bila Hariz ditangkap pulak diatas katil dgn sepupunya sendiri dan Kayra diculik!
OST Drama Bidadari Salju
Lagu : Mimpi
Penyanyi : Haqiem Rusli
Waktu Siaran
Drama Bidadari Salju akan mula ditayangkan pada 15 Disember 2020. Drama ini akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam sebanyak 28 episod melalui slot Akasia.
Selain itu, jika terlepas, anda boleh tonton semula drama ini secara online di aplikasi WeTV atau di laman web www.wetv.vip secara percuma