Astro kali ini membawa sebuah program baru sempena Ramadan iaitu Gema Lawak Superstar. Terdapat 6 kumpulan yang terdiri daripada 3 ahli berentap untuk 4 minggu sepanjang Ramadan tahun 2021 ini.
Gema Lawak Superstar (GLS) ini sama seperti Muzikal Lawak Superstar (MLS) dimana percampuran ahli antara pelawak dan selebriti. Tetapi sedikti berbeza apabila kali ini adalah gabungan antara pelawak bersama personaliti agamawan atau penceramah motivasi.


Jika MLS ada lagu dalama lawak, untuk Gema Lawak Superstar mereka mempersembahkan sketsa lawak bermoral yang penuh pengajaran setiap minggu dengna tagline “Bukan Sekadar Lawak“
GLS akan berlangsung untuk 4 minggu sahaja dan mereka berentap untuk mencari juara mingguan bagi memenangi hadiah wang tunai RM10,000 dan juga wang tambahan, RM5,000 untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan terpilih.
Kesemua peserta akan diadili oleh 2 juri tetap iaitu Dato’ Kazim Elias dan Datin Lisa Surihani bersama seorang juri jemputan setiap minggu. Manakala Kamal Adli dan PU Azman akan bertindak sebagai hos bagi program ini.
Waktu Bersiaran Gema Lawak Superstar
Program Gema Lawak Superstar mula bersiaran pada 16 April 2021 iaitu setiap Jumaat sepanjang Ramadan, pukul 9 malam di Astro Warna HD saluran 107.
Anda juga boleh tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go yang boleh dimuat turun secara percuma.
Peserta Gema Lawak Superstar


3A (Acheh, Amin Idrik Ali Puteh)


INSAF (Mamak Puteh, PU Rahmat, Syuk)


MOJI (Chiwan, Sharif Zero, Heliza Helmi)


QHOLBU (Daniel, Azmi Saat, Syamsul Ghau Ghau)


REMBAT (Azlee, Wan Gegau, PU Amin)


U.N.I (Fadh Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC)
Keputusan Juara Mingguan
Minggu 1 – UNI
Minggu 2 – 3A
Minggu 3 –
Minggu 4 –