Drama Budak Tebing pernah menjadi bualan hangat penonton drama siri tv malaysia pada tahun 2020 apabila menyajikan kualiti jalan cerita yang berbeza daripada drama lain yang ada sebelum ini dan sekaligus berjaya menarik lebih ramai penonton.
BACA : Info Drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard TV3 (Slot Lestary)
Manakan tidak drama ini telah meraih sebanyak 10 juta penonton secara keseluruhan untuk 13 episod sepanjang tayangan di slot Lestary TV3 pada 11 Mac hingga 9 April 2020 yang lalu.
Yang lebih menarik, kini Budak Tebing 2 (musim ke-2) akan kembali. Sekuel drama ini akan menemui penonton pada 18 Jun ini juga menerusi slot Lestary yang akan disiarkan setiap Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam di TV3 dan melalui aplikasi iQIYI Malaysia secara percuma.
Drama Budak Tebing
Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan Youtube TV3
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : PGRs Team, Amka Ahmad dan Janjira
Penerbit : Jalena Rejab
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon utama yang membarisi drama Budak Tebing iailah Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna dan Eyka Farhana. Mereka dibantu oleh Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Amyza Aznan, Alex Afian dan ramai lagi


Sinopsis Drama Budak Tebing
Budak Tebing 1 mengisahkan tentang Arif (Adam Lee) yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida (Amyza Aznan), manakala adiknya Yoyol (Fariz Isqandar), menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.
Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. Kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Eyka Farhana) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.
Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.
Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?
Tonton Drama Budak Tebing
Jadi kepada anda yang belum menonton drama Budak Tebing 1 ini, anda boleh tonton melalui Youtube Rasmi TV3 secara percuma sebelum tayangan perdana Budak Tebing 2 pada 18 Jun ini.