- advertisement -

Gegar Vaganza kini kembali untuk musim kelapan. Gegar Vaganza 8 menampilkan 13 barisan peserta yang juga bintang dalam bidang nyanyian bagi merebut gelaran juara dalam program nyanyian yang paling havoc di Malaysia.

Sesuai dengan tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’ apabila peserta dalam dalam program ini setiap musim merupakan mereka yang pernah berada dalam industri hiburan dan mempunyai sebuah lagu hit sebelum ini.

Gegar Vaganza 8 kali ini lebih menarik apabila terdapat 3 buah negara yang bertanding di atas satu pentas iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Walaupun ianya diadakan dengan SOP ketat, tetapi pastinya lebih meriah kerana barisan peserta yang hebat.

GV8 kali ini sekali lagi mengekalkan hos utama iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersama-sama 3 juri tetap iaitu Datuk Ramli MS (Tok Ram), ibu Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syafinaz.

- advertisement -

Mereka bertiga akan mengadili kesemua peserta seratus peratus markah juri profesional bersama-sama seorang juri jemputan yang dibawa khas setiap minggu. Peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu, akan disingkirkan.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 8

Untuk tahun 2021, GV8 menampilkan 13 peserta dimana 10 penyanyi solo lelaki dan wanita iaitu Aliff Aziz, Adibah Noor, Bandi Amuk, Nikki, Fazley Yaakob, Suki, Aweera, Ani Maiyuni, Shidee, Azan Scan, Nico dan Upiak Isil. Manakala 2 peserta duo atau berkumpulan iaitu Nico G dan Saiful Apek & Yassin (SA.YA).

gegar vaganza 8

Program Gegar Vaganza 8

Jadi jangan lupa untuk saksikan Gegar Vaganza 8 yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya selama 10 minggu bermula 21 November 2021, setiap hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Astro Go.

Minggu 1

Tema Persembahan : Lagu Sendiri
Juri Jemputan : Tiada
Anugerah Betu-Betul Luar Biasa : Aliff Aziz
Bintang Cuckoo Paling Gempak : Saiful Apek & Yassin (SA.YA)
Peserta Tersingkir : Tiada

Minggu 2

Tema Persembahan : Masih Aku Terasa
Juri Jemputan : Dato’ Tarmimi Siregar
Anugerah Betul-Betul Luar Biasa : Aweera
Bintang Cuckoo Paling Gempak : SA.YA
Anugerah Bintang Paling Power Meow : Aliff Aziz
Peserta Tersingkir : Tiada

Minggu 3

Tema Persembahan : Segalanya Ku Terima
Juri Jemputan : Dato’ AC Mizal
Anugerah Betul-Betul Luar Biasa : Shidee
Bintang Cuckoo Paling Gempak : SA.YA
Anugerah Bintang Paling Power Meow : Nikki Palikat
Peserta Tersingkir : Nico G

Minggu 4

Tema Persembahan : Berdiri Bulu Romaku
Juri Jemputan : Dato’ Shah Rezza
Anugerah Betul-Betul Luar Biasa : Azzan Scan
Bintang Cuckoo Paling Gempak : SA. YA
Anugerah Bintang Paling Power Meow : Adibah Noor
Peserta Tersingkir : Dato Fazley Yaakob

Minggu 5

Tema Persembahan : Dulu Lain Sekarang Lain
Pengacara Jemputan : Elly Mazlein (Ganti Jihan)
Juri Jemputan : Dato Yusof Haslam
Anugerah Betul-Betul Luar Biasa : Suki Low
Bintang Cuckoo Paling Gempak : SA. YA
Anugerah Bintang Paling Power Meow : Nikki Palikat
Peserta Tersingkir : Tiada

Minggu 6

Tema Persembahan : Langkah Seiringan
Juri Jemputan : Jennifer Thompson
Anugerah Betul-Betul Luar Biasa : Adibah Nor
Bintang Cuckoo Paling Gempak : Suki Low
Anugerah Bintang Paling Power Meow : Suki Low
Peserta Tersingkir : Upiak Isil

Minggu 7

Tema Persembahan : Kelentang Kelentang
Juri Jemputan : Dato’ M. Nasir
Anugerah Betul-Betul Luar Biasa : Nikki Palikat
Bintang Cuckoo Paling Gempak : Nikki Palikat
Anugerah Bintang Paling Power Meow : Nikki Palikat
Peserta Tersingkir : Bandi Amuk

Minggu 8 (Suku Akhir)

Tema Persembahan : Ku Petik Bintang-Bintang
Juri Jemputan : Dato’ Mokhazani Ismail & Dato’ Norman Abd Halim
Anugerah Betul-Betul Luar Biasa : Aliff Aziz
Bintang Cuckoo Paling Gempak : Suki Low
Anugerah Bintang Paling Power Meow : Suki Low
Peserta Tersingkir : SA.YA

Minggu 9 (Separuh Akhir)

Tema Persembahan : Lagu Untukmu
Juri Jemputan : Dato’ Rosyam Nor
Anugerah Bintang Paling Power Meow : Aweera
Peserta Tersingkir : Shidee & Ani Maiyuni

Minggu 10 (Akhir)

Tema Persembahan : Konsert Akhir (Lagu solo, duet & battle)
Juri Jemputan : Joe Flizzow
Anugerah Betul-Betul Luar Biasa : Aweera
Bintang Cuckoo Paling Gempak : Aweera
Anugerah Bintang Paling Power Meow : Aliff Aziz

Juara : Aliff Aziz (83.06%)

Naib Juara : Nikki Palikat (81.26%)

Tempat Ke-3 : Suki Low (77.91%)

Tempat Ke-4 : Adibah Nor (67.25%)

Tempat Ke-5 : Azan Scan (64.04%)

Tempat Ke-6 : Aweera (63.90%)

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here