Anda rindukan filem komedi seram? Jangan lupa saksikan filem Saka Nan Sepi bermula 10 Disember 2020 yang akan ditayangkan di Astro First.
Anda akan bergelak ketawa dengan pelbagai jenis hantu daripada filem ini. Pastinya ingin menonjolkan kelainan dimana, filem ini akan menampilkan hantu yang kelakar dan mampu berinteraksi dengan manusia.
Sarat dengan adegan komedi tetapi dalam mood seram, anda pasti dapat merasainya lagi-lagi dengan barisan pelakon yang hebat-hebat seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Al Hada, Namron dan ramai lagi.
Tayangan : Astro First
Pengarah : Razaisyam Rashid dan Azri Azman
Penerbit : Astro Shaw
Pelakon : Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Al Hadad, Namron, Ayie Hushairi Husain, Han Zalini dan ramai lagi


Sinopsis Filem Saka Nan Sepi
Filem Saka Nan Sepi menceritakan tentang keluarga Othman (Namron) yang berkhemah di dalam hutan bagi meluangkan masa bersama keluarga. Dalam sibuk bercamping, tiba-tiba anakanya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk dan terus membawanya berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) bagi tujuan berubat.
BACA : Info Dan Sinopsis Filem Mulut Masin Di Astro First
Akhirnya Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan terus tinggal bersama keluarga Othman. Pada suatu hari, mereka sekeluarga, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi akhirnya ternampak kelibat saka tersebut yang akhirnya mereka semua berasa takut dan sentiasa berdamping walau apa jua keadaan.
Ketakutan mereka hilang, apabila mereka dapat tahu saka tersebut takut kucing dan bersifat lemah lembut serta rajin membantu. Lama-kelamaan, keluarga Othaman dapat menerima saka tersebut dan telah memberi nama Girlboy. Tapi Tok Kassim kembali untuk mencuri saka (girlboy tersebut)
Waktu Tayangan
Filem Saka Nan Sepi ini akan mula ditayangkan di pawagam rumah anda mulai 10 Disember 2020 melalui saluran Astro First (CH480) atau anda boleh strim menerusi Astro Go atau Astro On Demand. Dengan bayaran RM15, anda boleh tonton berulang kali dalam masa 2 hari (48 jam)
Tonton dan download filem Saka Nan Sepi Disini
[…] BACA : Saksikan Filem Saka Nan Sepi Bermula 10 Disember Hanya Di Astro First […]