Kita duduk sahaja dirumah sepanjang PKP ini, kerana hujung minggu ini, Awesome TV akan membawakan 3 buah filem dan telefilem menarik untuk tontonan anda yang bolah disaksikan melalui saluran Astro 123 dan MyTV 112.
Filem-filem dan telefilem menarik ini akan mula temui penonton bermula Jumaat, 28 Mei 2021 hingga Ahad, 30 Mei 2021. Jadi terus duduk dirumah dan nikmati rancangan menarik terutamanya di Awesome TV.
Filem Jaan E Maan


Melalui slot Hindi Special akan ditayangkan sebuah filem muzikal romantik Hindi Jan E Maan yang anda boleh saksikan pada hari Jumaat, 28 Mei 2021 jam 9.30 malam.
Filem ini mengisahkan Suhaan Kapoor dan Piya Goyal yang jatuh cinta sewaktu di universiti dan berkahwin.
Namun, Suhaan harus merahsiakan perkahwinannya untuk menaikkan kariernya sebagai bintang filem dan ketika kariernya merudum, dia pulang ke rumah dan mendapati bahawa Piya telah pergi meninggalkannya dan menerima notis penceraian. Suhaan cuba menyatukan Agasthya dan Piya supaya dia tidak perlu membayar alimoni.
Filem Bad Boys II


Kemudian pada esok harinya, 29 Mei 2021, hari Sabtu jam 10.00 malam jangan lupa saksikan filem komedi aksi Amerika yang diarahkan oleh Michael Bay iaitu Bad Boys II.
Filem yang mengisahkan tentang Miami yang dibanjiri dengan ekstasi yang datang dari Cuba melalui pengedar dadah terkemuka Johnny Tapia. Detektif Mike Lowrey dan Marcus Burnett berada dalam kes tersebut, dan bertekad untuk membawa lelaki itu ke muka pengadilan.
Telefilem Takbir Semalam


Kemudian anda akan dihidangkan dengan sebuah telefilem melayu tempatan, Takbir Semalam sempena Hari Hari Raya Aidilfitri lakonan Fauziah Nawi, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.
Telefilem Takbir Semalam mengisahkan mengisahkan Mak Yah terkenal dengan sikap yang suka memaki hamun dan bercakap kasar. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Mak Yah untuk menyambut Hari Raya seorang diri.
Orang kampung sedih melihat Mak Yah kerana dia masih lagi belum boleh menerima hakikat kerana semua ini berlaku di atas sikapnya yang sering memarahi anak menantunya sehingga mereka sekeluarga nekad keluar dari rumah dan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa mereka semua.
Telefilem Takbir Semalam akan disiarkan pada hari Ahad, 30 Mei ini, jam 9.00 malam melalui slot Ohsem Tele. Jika tidak sempat, anda boleh saksikan di website Awesome TV di www.awesometv.my selepas beberapa hari.