Sebuah lagi filem iaitu Hantu Bonceng 2.0 akan menemui penonton yang juga ditayangkan terus di pawagam rumah anda melalui saluran Astro First. Duduk rumah pun, boleh tengok filem pawagam kan.
Filem ini dengan tajuk yang sama iaitu Hantu Bonceng pernah dikeluarkan pada 2011 dan telah mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM8.5 juta. Kali ini selepas sedekad, ianya kembali dengan Hantu Bonceng 2.0 dengan jalan cerita yang baru dan lebih segar dan pastinya dengan pengarah baru iaitu daripada Yusri Abdul Halim.
BACA : Info Dan Sinopsis Filem Petaka (Astro First)
Filem ini masih mengekalkan Zizan Razak sebagai watak utama disamping genre komedi seram yang ditampilkan sebelum ini dan diteruskan untuk versi 2.0.
Tayangan : Astro First
Pengarah : Datuk Yusri Abdul Halim
Penerbit Eksekutif : Datuk Azlan Shah Jaffrill
Terbitan : Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Zizan Razak, Shiha Zikir, Joey Daud, Taiyuddin Bakar, Atu Zero, Sangeeta Krishnasamy, Chew Kin Wah, Sharif Zero, Amir Raja Lawak, dan ramai lagi.


Lagu Tema
Lagu : Aewo
Penyanyi : Shiha Zikir feat Noki
Sinopsis Filem Hantu Bonceng 2.0
Filem Hantu Boncent 2.0 mengisahkan tentang Amran dan Kunyit mengalami kerosakan motor dan keadaan semakin sunyi. Jadi mereka terpaksa bermalam di sebuah hotel kepunyaan ayu sementara menunggu pertolongan pada hari esok.
Sepanjang malam, Amran mengalami beberapa siri mimpi aneh yang membawa mereka kepada misteri yang tersembunyi di hotel tersebut. Misteri apakah? Jangan lupa untuk tonton filem ini sehingga habis.
Waktu Siaran
Filem Hantu Bonceng 2.0 akan mula bersiaran pada 11 Februari 2021 yang hanya ditayangkan di Astro First. Untuk melanggan, anda boleh pergi ke saluran CH480 atau strim secara On Demand dan Astro Go dengan harga RM15 sahaja untuk tempoh 2 hari (48 jam)