- advertisement -

Buat pertama kali di Malaysia akan membawakan sebuah cerita yang akan mengangkat petugas barisan hadapan melalui filem Frontliner yang akan mula ditayangkan pada 30 September 2021 di saluran Netflix.

Filem ini dihasilkan ditujukan khas buat semua petugas barisan hadapan yang banyak menabur jasa sejak negara dilanda pandemik Covid-19 sekali gus menghargai jasa mereka.

Judul : Frontliner
Pengarah : Razif Ajiboy Rashid
Penerbit : Aminahtul Mardiah Md Nor
Produksi : D Alpa Legacy (M) Sdn. Bhd.
Pelakon : Azhan Rani, Beto Kusyairy, Achey, Emma Maembong, Wan Maimunah, Farah Ahmad, Ashraf Muslim, Meerqeen, Zul Handyblack, Shamsul Danish, Ruby Ooi dan ramai lagi

  • Azhan Rani sebagai Dr. Azhan
  • Emma Maembong sebagai Nora
  • Achey sebagai Captain Nasir
  • Beto Kusairy sebagai Inspector Zul
  • Farah Ahmad sebagai Nadia
  • Black Hanifah sebagai Black
  • Shamsul Danish sebagai Shamsul
frontliner

Sinopsis Filem Frontliner

Pernah tak kita terfikir, bagaimana dengan pejuang-pejuang barisan hadapan kita melawan Covid-19 sehingga sekarang? Apa konflik keluarga mereka? Adakah rintihan mereka ini di dengari? Sengsara atau bahagiakah mereka?

- advertisement -

Filem ini menceritakan dan diinspirasikan dari kisah-kisah benar semasa Malaysia dan dunia di landa pandemik, maka terhasil lah naskah “FRONTLINER” ini.

Kemelut yang dihadapi oleh barisan hadapan yang mungkin tidak pernah di dengari dan di santuni. Kemelut jiwa, keluarga, minda dan emosi yang mungkin tidak pernah cuba di fahami.

frontliner

Waktu Tayangan

Jadi anda boleh mula tonton filem Frontliner pada 30 September 2021 di saluran Netflix. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM17 sebulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here