- advertisement -

Jangan lupa untuk saksikan supertele filem 35mm yang akan disiarkan di bermula 21 Jun 2022, hari Selasa di pawagam rumah anda di Astro First. Boleh langgan dengan harga RM15 untuk 48 jam tayangan di saluran 480 atau di Astro Go.

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : 21 Jun 2022 (Selasa)
Idea Asal : Syahmi Sazli
Penulis Skrip : Seni Bayan
Pengarah : Syahmi Sazli & Seni Bayan
Produksi : Nineflix Production Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Syahmi Sazli, Yoh Paree, Arif Suhaimi, Hushairi Husain, Kenji Sawahii, Yaakob Abd Aziz, Poyie Gasi, Emie Sukma, Pokjacks, Wanie Rohaimie, Sai Kamal dan ramai lagi.

Maksud 35mm

Seperti yang diberitahu oleh pengarahnya sendiri, Syahmi Sazli yang mana maksud filem fantasi komedi, 35mm ialah 3 pemuda, 5 zaman, M-merentas, M-masa.

- advertisement -

Sinopsis Filem 35mm

Filem 35mm mengisahkan tentang tiga rakan baik iaitu Syahmi, Asif dan Yoe terperangkap dalam beberapa era berbeza selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang mereka lawati ialah zaman Dinasti Cina, zaman Penjajahan Jepun, zaman Pemerintahan British dan tahun 90-an.

Mereka menghadapi kesukaran semasa cuba melarikan diri dari setiap tempoh. Apabila mereka berada pada tahun 1997, Yoe berasa sedih buat kali pertama, bertemu ibu bapanya. Tetapi, mereka mesti kembali ke 2020 walau apa car sekali pun.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here