Filem Astro First membuka tirai tahun 2021 dengan filem 10 Tips Tipu Bini yang akan ditayangkan pada 7 Januari 2021.
BACA : Saksikan Filem Saka Nan Sepi Bermula 10 Disember Hanya Di Astro First
Filem tayangan pawagam di rumah ini disambung lagi dengan sebuah filem yang berunsurkan dan genre komedi iaitu 10 Tips Tipu Bini. Bila tengok tajuk, mungkin ada yang kita boleh praktikkan nanti ketika waktu-waktu penting terutamanya golongan suami. hehe
Barisan pelakon yang membarisi filem ini juga cukup hebat dan kelakar wataknya seperti Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Azlee Senario dan ramai lagi. Memang geli hati la tengok lakonan dieorang ni nanti.
Tayangan : Astro First 480
Pengarah : Azizi ‘Chunk Adnan
Skrip : Armada Al Haq
Produksi : Rumah Produksi Merah Sdn Bhd
Pelakon : Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.


Sinopsis Filem 10 Tips Tipu Bini
Filem 10 Tips Tipu Bini ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik iaitu Raffi, Kay dan Jepp. Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & EVents kepunyaan Dato Dean. Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara yang sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.
Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ‘Dubuk Liar’. Mereka bertiga sedang mengalami masalah ‘Krisis Pertengahan Usia’ yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.
Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ‘intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gaids tersebut untuk dijadikan pasangan kekasih masing-masing. Akan tetapin mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ‘kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu
Waktu Siaran
Jadi bermula tahun baru, 7 Januari 2021 kelak, anda boleh mula langgan serendah RM15 untuk 2 hari filem 10 Tips Tipu Bini yang akan ditayangkan di Astro First 480 dan boleh terus ditonton di pawagam rumah anda. Anda juga boleh tonton melalui On Demand dan Astro Go.