Jangan terlepas untuks saksikan drama siri Gerak Khas The Finale yang akan mula ditayangkan pada 4 Disember 2020 di TV3.
Drama siri kepolisan Gerak Khas sudah sampai ke musim terakhir iaitu musim ke-20 dengan dan diberi tajuk Gerak Khas The Finale. Musim-musim sebelum ini, Gerak Khas hanya disiarkan di RTM (TV2) tetapi untuk musim terakhir ini, ianya akan bersiaran 2 kali seminggu di TV3.
Sehingga musim ke-19 sebelum ini, Gerak Khas tsudah mempunyai 1026 episod. Tetapi adakah ini pengakhiran?
Tayangan : 28 episod di TV3 dan aplikasi iQIYI
Pengarah : Datuk Yusof Haslam
Penterbitan : Skop Produksion
Pelakon : Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira, Ungku Ismail, Norman Hakim, Izzat Mushtaq, Abby Abadi, C. Kumaresan, Salina Saibi, Sheera Iskandar, Farid Amirul, Deen Maidin, Z. Zambri


Sinopsis Gerak Khas The Finale
Gerak Khas The Finale ini masih mengekalkan Unit Gerak Khas yang di bawah pimpinan Datuk Helmi telah ditugaskan untuk membanteras jenayah hingga ke akar umbi demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.
Beliau dibantu oleh anggota-anggota bawahan dan pegawai-pegawai atasannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi oleh pihak Unit Gerak Khas demi menjaga keamanan negara. Adakah ini musim pengakhiran kepada DCP Datuk Helmi? Kena saksikan Gerak Khas The Finale ini.
Waktu Siaran
Jangan lupa bermula 4 Disember 2020, saksikan musim terakhir, Gerak Khas The Finale yang akan disiarkan pada setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 malam hanya di TV3. Anda juga boleh strim secara percuma di aplikasi iQIYI atau di laman web www.iq.com selepas selesai tayangan di TV (11.30 malam)